.:: followers ::.

Tuesday, 27 December 2011

.:: 4 perkara ::.

salam you alls .. lame rasenyer tak berblog . . sangat lama kan kan ? banyak perkara berlaku dalam hidup aku. baik suka, duka, keluarga, kawan2, percintaan. haiihhh itulah kehidupan. sama ada kita sanggup menghadapi semua itu atau tidak bergantung pada kekuatan seseorang individu itu.

4 perkara dalam hidup aku yang dah berlaku dan yang belum berlaku.

1. aku failed kursus EC-Council.ENSA ( EC-Council Network Security Administrator) 
3 soalan membawa aku kepada lulus. padah tak study awal2 kata Adrian, trainer aku yg sporting giler2. siap boleh lepak skali. hahaa ~

2. aku lulus semester akhir aku. 
aku boleh konvo tahun depan beb!!! yehooo ~ purata keseluruhan aku dapat 3.23 . . syukurlah ade jugak yang lulus lepas aku failed exam ENSA.

3. aku dah dapat kerja. 
haha alhamdulilah . . rezeki aku..at least ade jugak kerja daripada mengganggur. hari ni 1st day aku. benda baru, environment baru, kawan2 baru. hahhaaha nt ade mase aku update pasal kerja aku

4. hari konvo aku.
 hahahaa aku tak sabar nak tunggu hari konvo aku. sbb mase ni aku balik penang..aku dha rindukan penang..kawan2 aku kat penang..

tinggal perkara ke 4 je belum berlaku lagi..tak sabar nak balik penang semula..harap2 ade mase jumpa kwn aku kat sane :)

p/s: nana suro aku dtg shah alam..deyh ingat aku ade duit ke????

Saturday, 26 November 2011

.:: nasihat orang kepada aku ::.


jika kau tidak lagi mencintai aku,tunjuk kn lah kepada ku,biar aku tidak lagi mengharap...
jika kau terus kn membuat bergitu,meluka kn hati aku,cinta yg ku beri pada mu,akan sentiasa tertunggak...
biar pn aku terluka seketika,akan ku tutup kedua belah mata,jika kau tidak lagi ingan kn cinta ku...
dan biler kau sedari semula jalan hidup cinta mu,tolong la aku,lupa kan lah cerita cinta mu dahulu....

.:: kosong ::.

banyak benda yang aku nak ceritakan , kongsikan . tapi , aku tak tau macam mana !

Tuesday, 8 November 2011

.:: pagi esok ::.

babe , esok 10 pagi aku da kena gerak balik penang dengan mber aku. masalahnyer aku tak tido lg nih !
hari tu aku balik Johor dengan dia jugak. tp takpe la, aku balik penang smula dengan dia. buat teman2 dia kan. lgpon siyes beb, balik dengan bas lambat bebenor. naik keta cepat lak rase.

mane tidaknyer mber aku bwak laju. besar lebih kurang aku jek, cuma dia tinggi sikit. aku tabik kat dia sbb boleh drive straight penang-johor sorang. kalau aku, tak tau lah.

semoga aku selamat sampai penang esok.tak lame lagi aku nak habis diploma.lepas tu ntah bila lagi nak balik penang. hati aku tertinggal kat penang . . lalalalala ~

.:: janji ::.

pantang aku. orang berjanji tapi tak tepati. jadi jangan pernah buat ape2 janji dengan aku walaupon kau janji nak belikan aku choki-choki..

bila kau berjanji, aku berharap. bila aku berharap, aku ingat kau tunaikan. sudahnya, aku malas nak pecaya janji kau.

jadi, jangan pernah berjanji dengan aku.

faham ?

Tuesday, 11 October 2011

.:: entah ::.

aku tahu diri aku
bila kenangkan siapa diri aku
nak lihat cermin pon tak mampu
mendabik dada jauh sekali

aku hanya insan yang menumpang kasih
menumpang cerita suka duka
suka aku dicari
sedih aku di lontar tepi
mereka itu..
mana tahu rahsia aku

aku simpan sendiri
aku sakit sendiri
entahkan mereka peduli
bukan aku mahu simpati
sekadar luahan di dalam hati
mengisi waktu di pagi hari

Monday, 10 October 2011

.:: hampir ::.

yeah..present final projek semakin hampir...ironinya, aku masih relax lg..boleh pegi melepak lagi...balik pagi...alahaiii..bila nak taip report, aku jadi blurrr.. 24/10/2011 adalah due date untuk final project..sistem masih terbengkalai...

mana lagi mini projek..lab report..assignment..pening3 memikirkan semua ni...nak muntah hijau pun ade..ade dua minggu lagi...2 MINGGU tu bukan lama tau tak !!!!!!!!!!!

jadi !!!!! dalam masa 2 MINGGU ni, jangan kacau ! no hangout, no lepaking, no shishaking, no movieing, no no and no..concentrate for MUET speaking test and final project...HAHAHA (serius ni )

semoga semuanya berjalan dengan lancar...AMIN !

Thursday, 6 October 2011

.:: akhirnya ::.

semalam 5 OKTOBER 2011..kami sekelas dapat duit masing2..lebih cepat dpd yang dijangka..hahahaa..aku malas nak masuk campur, mereka sahaja yang uruskan..aku, pegi amek duit, then pegi setelkan final project aq yg tak selesai lagi..

kepala aku sakit2 malam ni..byk pikir masalah la ni..masalah masalah...

Tuesday, 4 October 2011

.:: baju ke duit ? entahhh ::.

perkara ni dah lame dirancang rasenyer daripada sem 3 lg..masing2 bagi pendapat..lepas tu senyap macam tu jek..sehinggalah akhir sem 5..kami sepakat nak buat baju korporat utk kelas.. harga sepasang baju RM68..mahal ? agak laa..sbb katanya, kain tu material bagus, and company ni mcm ade license jahit baju mcm F1 tuuu..design pulak ? no komen pasal aku tak minat OREN. tapi bley la..OREN+HITAM.. ala-ala skuad JOHOR FC..

katanya, awal sem 6 kami akan dapat baju tu...tunggu punyer tunggu..sebulan, dua bulan, tiga bulan.....JENG JENG JENG...bermacam alasan diberi..last-last ade yg kate ditipu..SO? patut la aku rase macam taknak beli jek..haiihh mmg naluri ni selalu betul...

bila tanya dengan penolong kelas, jawab mcm nak taknak..kalau ade masalah sekalipun, beritahu kami, jelaskan masalah tu..ni tak, biar kami tertanya2..bila dah tak tau nak cakap ape, dengan lancang cakap, "report la polis".. cakap guna otak, bukan kepala lutut..kalau kami report polis, tentulah report kau dulu..mangkuk btol laaa..pasal kami bukan tau dengan siapa kau berurusan..bg duit mcm tu jek..apsal la kami bley lupa pasal resit..


sekadar gambar hiasan

dipendekkan cerita, sepatutnya duit kami RM68 dipulang semula pada 1 OKTOBER 2011.. tapi menurut lecturer kami, pihak sane akan bank in pada 7 OKTOBER 2011.. aku? senyap dan melihat jek..malas nak bersuara sebab byk buruk daripada baik kalau aku dah berkata-kata..mungkin bg sesetengah orang, RM68 tu sikit jek..alahai tu pon nak kecoh..tapi cuba bayangkan RM68 tu dai darab dengan kelas aku yg jumlahnyer 27 orang? tapi ade beberapa orang yang buat keputusan bijak dengan tidak membeli baju tu..

mungkin ni pengajaran untuk aku dan kawan2 yg lain..bila beli sesuatu, pastikan ada resit..dalam tengah serius tu, aku boleh loyar buruk pulak, klo beli nasi kat kantin ke, mesti kena ade resit gak, even masuk toilet pon nak resit..hihi ~ :p

ape2pon, kita tunggu 7 OKTOBER 2011 nanti...... 

Saturday, 3 September 2011

.:: DUA JIWA SATU HATI ::.


Sukarnya ku nyatakan
Perasaan padamu
Yang semakin menebal
Bersemi di kalbuku

Sungguhpun demikian
Terpaksa ku terima
Hakikat yang sebenar

Diri ini sebenarnya dicintai

( korus )
Beratnya hati ini untuk melepaskanmu
Sudah pasti kau luka
Dan andai ku pilihmu jadi kekasihku
Bagaimana dengan dia yang terdahulu menyintaiku

Pastiku bersendiri
Dari meluka keduanya
Tak mungkinkan terjadi
Dua jiwa satu hati





Sunday, 28 August 2011

.:: BOSAN BOSAN BOSAN ::.

sumpah bosan.

rase macam nak nangis je sebab terlalu bosan.

aku nak teman untuk berbual.

TAPI

mane ?

rase macam hidup sebatang kara dalam dunia ni.

sape sudi nak berbual dengan aku ?

.:: KENYATAAN ::.

kenyataan.

satu perkataan.

bermaksud kebenaran yang nyata dan tak boleh disangkal lagi

naluri manusia yang mempunyai sikap ingin tahu akhirnya memebawa padah kepada diri sendiri setelah mendapat tahu kenyataan sesuatu perkara.

ketika itu barulah kita sedar, kita tidak seharusnya mengambil tahu tentang perkara tersebut.

apa gunanya tahu jika akhirnya kita sendiri yang sakit hati?

benar kata orang " kenyataan itu memang menyakitkan"..

tidak kira apa jua keadaan, apa juga perkara, bila kenyataan itu diketahui kita akan sakit hati..

jadi ? perlu ke kita ambil tahu mengenai sesuatu perkara tu ?

terpulang pada individu.

kalau hati sekuat batu konkrit, boleh lah terus mencari kebenaran kepada kenyataan itu.

tetapi kalau hati selembut kapas..tak perlulahh

boleh mengalir air mata dibuatnya..

p/s : memang kenyataan itu menyakitkan..insyaallah aku boleh mengawalnya..

Monday, 22 August 2011

.:: berkurun lama ::.

hai hai hai . .

lebih sebulan lamanyer blog ni di pinggirkan...berhabuk dah ni...fuuuhhhh fuhhhh...

knp lama tak update entry ?

JAWAPAN :

1. malas nak update dan tiada mood untuk update
2. bermacam peristiwa yang terjadi baik suka dan duka
3. mungkin setelah entry tersebut diupdate, akan menjadi pertanyaan bagi sesiapa yang membaca (especially yang busy body)
4. blog ni cuma tempat meluah rasa, so ape je yang aku nak tulis , SUKE HATI AKU LAH !!! sape suruh kau baca..ngok btol !

tu antara sebab2 kenapa aku malas nak update blog aku setelah hampir sebulan lebih lamanya...

ingat! suke hati aku ar nak tulis ape..tak payah sebok2 nak pertikaikan ape aku tulis..

Sunday, 17 July 2011

.:: sendirian ::.

ape nak buat ye ? toleh kanan , roomate aku dah tido..tgk bilik sebelah , lampu dah gelap..tgk bilik depan pon lampu dah gelap..ruang tamu dah gelap...sorang lagi pegi dating....untunglah dapat dating...aku? sorang2 depan laptop...

ape nak jadi dgn aku ni...bosan kan hidup aku..aku rasa macam nak cari hobi yang best la..ape ek? mungkin boleh isi masa lapang aku yang membosankan ni..

aku lupa aku ade blog tmpt nak meluahkan perasaan..tapi biasa lah, kadang2 aku takde mood nak menaip..takpe, aku ade bantal tmpt aku lepaskan air mata aku..ok la dpd takde kan...aku rindu family aku...tadi aku call mak aku..mak aku cerita macam2..sekurang2nyer terhibur aku dengan telatah beliau...

aku rindu mak aku...aku rase macam nak nangis kat dia mase aku putus cinta dulu..haha..mase tu basah lencun kain mak aku dengan air mata aku...geli jek kan? haha..

tadi mase aku bagi duit sewa rumah kat owner rumah aku, tibe2 aku jadi sebak...aku rindu mak aku...tu la dia, bila dekat kami selalu gaduh, tapi bila dah jauh, aku rindu sangat kat dia..

p/s : mak , mmg mak paling best dalam dunia

Tuesday, 5 July 2011

.:: berserah dan redha ::.


aku cuma boleh menadah tangan dan berserah kepada ketetuanmu Ya Allah..begitu banyak dugaan dan ujian yang Kau berikan kepada aku..

sejak daripada awal tahun ini lagi, berbagai dugaan yang kau berikan kepada aku..bermula daripada kehidupan aku, percintaan aku, pelajaran aku...berbagai ujian daripada mu Ya Allah...

aku pasrah..

kegagalan demi kegagalan aku tempuhi...begitu perit menanggung kekecewaan...seiring air mataku mengalir...aku sudah berusaha sedaya yang termampu..apalah daya aku, hanya manusia biasa yang tak lepas daripada melakukan kesalahan..

benar, belajar daripada kegagalan..aku pegang prinsip itu..aku genggam..aku taknak jadi orang yang gagal...aku boleh..aku dah usaha..aku taknak hampakan harapan orang tua aku...

kadang2 aku kecewa...aku putus harapan..aku lemah, aku tak sanggup nak hadapi semua ni...

aku renung jauh...masa depan aku...kalau orang lain boleh, masakan aku tak boleh ?

andai aku gagal lagi...aku harus terima..andai aku berjaya, aku sangat2 bersyukur padamu Ya Allah..

akan aku jadikan kegagalan itu pengajaran, bukan menjadikan aku kehancuran..

aku mengharapkan kejayaan itu Ya Allah..

aku memohon dariMu..permudahkan segala urusan hambamu..berikan segala hidayahMu..

Aminnn...

Sunday, 3 July 2011

.:: sumpah penat ::.

sungguh.penat gila.

JUMAAT, SABTU, AHAD

macam robot haiihh..tapi sangat seronok kerana dapat berkumpul satu FAMILY. yeay! setidak2nya ade jugak happening balik Johor kali ni..


Jumaat, 1 Julai 2011

aku, Usu dan nenek pegi bandar Kota Tinggi sebab nak belanja barang2 untuk kenduri nanti..sangat2 penat..macam nak tercabut kaki ni ha..bukan sikit2 barang..tu pon bukan keseluruhan..sebab makanan untuk tetamu ditempah dari katering..ringan sikit..hihi


  Sabtu, 2 Julai 2011

aku bangun pukul 9 pagi..terlajak ok..tak sengaja pasal aku tido pukul 3 pagi..hihi..aku dah tersedar, tp mata berat sangat..

lepas bangun, aku terus kemas rumah, tolong nenek aku masak, buat ape2 yang patot untuk kenduri nanti..lepas makan tgh hari, aku TIDUR..hehe

tak lama lepas tu, pakcik aku sampai..lepas tu mama, ayah n adik aku sampai..lastly baru Usu aku sampai dengan family dia n ayah ngah aku..

biasalah..lepas tu, kami kenduri makan ramai2..hihi


Ahad 3 Julai 2011

aku bangun awal ok. pukul 8..hihi..kemas rumah, tolong mereka masak, macam2 kerja aku buat...angkat kerusi, meja, kipas, tikar, periuk , hahahaa..keluar lah muscle2 aku lepas ni..hahaha

TAPI ! penat tu boleh hilang..happening nyer keluarga aku ni takkan penah lupa..sangat seronok! sebab kami sekeluarga sangat gila2..yeay !

p/s : andainya arwah atuk masih ada..  :(

.:: KISAH DONGENG ::.

Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Wednesday, 22 June 2011

:: 7 Perkara Dilarang Selepas Makan ::

1. Jangan merokok:
Kajian daripada pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. (Meningkatkan risiko menghadapi kanser)

2. Jangan terus makan buah-buahan:
Memakan buah-buahan sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyebabkan perut anda dipenuhi dengan udara (kembung). Oleh itu, makan buah-buahan 1-2 jam selepas anda makan atau 1 jam sebelum anda makan.

3. Jangan minum teh:
Ini disebabkan daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ini menyebabkan protein di dalam makanan yang anda makan menjadi keras dah sukar dicerna.

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda:
Melonggarkan tali pinggang anda selepas makan akan menyebabkan usus anda tersumbat atau terbelit dengan mudah.

5. Jangan terus mandi:
Mandi akan menyebabkan peningkatan dalam pengaliran darah ke bahagian tangan, kaki atau bahagian lain di tubuh anda. Tetapi pengaliran darah ke bahagian perut pula berkurangan. Ini menyukarkan proses pencernaan yang sempurna.

6. Jangan berjalan-jalan:
Berjalan-jalan dengan banyak sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyukarkan system pencernaan anda menyerap nutrisi daripada makanan yang telah anda telan.

7. Jangan terus tidur:
Tidur akan menyebabkan gangguan terhadap sistem pencernaan dan penghadaman anda. Ini akan membawa kepada masalah gastric dan jangkitan kepada usus anda.
p/s : sedar tak sedar ada kita mesti ambil langkah berjaga-jaga. Bak kata pepatah , menghindar lebih baik daripada mengubati. (^-^)

Wednesday, 15 June 2011

.:: movie, movie dan movie ::.

10 Jun 2011

Super 8




12 Jun 2011

KL Gangster

 


13 Jun 2011

Pirate of Caribbean

Thursday, 9 June 2011

.:: CURANG ke ??? jom semak ! ::.

Semua pasangan yg bercinta mahupun telah berkahwin tidak ingin pasangan mereka berlaku curang.....namun...mungkin tanpa kita sedari kita telah membuatkan mereka curang kepada kita....nak tahu mengapa mereka curang pada kita...?tanda-tanda mereka curang pada kita...? jom semak !



1) Hidup Terkongkong

Siapa yang suka jika hidupnya diatur pasangan atau dikawal ketat kebebasannya? Ruang kebebasan yg diingini dihimpit ketika berpasangan dengan anda. Sikit2 anda menelefonnya seolah2 tidak percaya kejujurannya. Akibatnya dia berlaku curang untuk membuktikan kepada anda bahawa dia masih berharga di mata orang lain dan memberi pelajaran berguna kepada anda! Dia memulainya dengan rajin berbohong.


2) Rasa Marah

Percaya atau tidak, rasa marah dapat mengundang kecurangan.Anda mungkin tidak sedar, rasa marah sering terpendam dalam diri pasangan. Dia mungkin tidak meluahkan kerana tidak mahu sengketa atau ketika itu tidak mahu melukakan hati anda. Anda juga sering abaikan perasaannya dengan mengambil mudah dgn tidak mahu meminta maaf. Mungkin anda juga sering menimbulkan kemarahannya dgn melakukan perkara2 yg tidak disukainya seperti merokok, berpakaian terlalu seksi dan mencabar keegoaannya. Oleh itu, cara membebaskan diri yang dianggap paling menyenangkan ialah dengan melakukan kecurangan. Iyalah, marah buat jiwa tertekan dan fikiran tidak lagi berfikir secara rasional.


3) Rasa Rendah Diri

Dia sayangkan anda tetapi jauh di sudut hatinya berasa rendah diri pada diri sendiri. Anda mungkin terlalu cantik, lebih pandai, lebih kaya dan berharta, lebih tinggi taraf pendidikan dan lebih berjaya dalam karier berbanding dirinya. Dia berasa tersisih apabila anda membawanya di majlis2 sosial yg dilingkungi orang2 yg berjaya atau memberitahu anda dinaikkan pangkat. Dia malu utk memberi pendapat kerana berasakan anda lebih pandai. Dia cintakan anda tapi pada waktu yg sama tidak percayakan anda. Dia mungkin beranggapan anda hanya ingin mempermain-mainkannya dan akan meninggalkannya di waktu anda berjumpa dengan org yg setaraf dengan anda. Oleh itu, dia mengambil langkah terburu2 dengan menerima cinta orang lain yg lebih menyanjungi dirinya berbanding anda!



4) Sering Berjauhan

Anda dan si dia sering berjauhan. Contohnya anda belajar di universiti dan dia bekerja di kampung halaman anda. Anda hanya pulang sekali sekala berjumpa dengannya ketika cuti semester. Mungkin juga anda atau si dia asyik kerja out-station , dihantar kursus etc sehingga berhari2, berminggu2 atau mungkin bertahun lamanya. Sudah pasti kesetiaan tercabar apabila sering berjauhan. Mungkin dia akan mencari pengganti yg dapat mengisi kekosongan di saat anda tiada. Niat dia mungkin sekadar suka2, tetapi akhirnya terjebak dengan cinta



5) Ketidakpuasan dalam Kasih Sayang

Si dia mungkin merasakan anda tidak memberi perhatian dan kasih sayang yg secukupnya. Anda sibuk ke sana sini dan kerjaya anda membuat anda tidak ada cukup masa bersamanya. Akibatnya dia rasa kesunyian dan diabaikan. Oleh itu, dia tergamak mengkhianati cinta anda dengan keluar dengan orang lain yg lebih menghargainya dan sudi meluangkan lebih waktu dengannya.



6) Komunikasi Yang Hambar

Masalah komunikasi sering membuatkan percintaan menjadi hambar. Mungkin anda terlalu pendiam dan tak pandai berbicara. Hambatan komunikasi seperti perbezaan kematangan dan pengetahuan juga membuat komunikasi menjadi cacat. Selain itu, mungkin anda berdua kurang berkomunikasi seperti berlawak jenaka, bercerita masalah atau peristiwa dan mengucap kata-kata cinta. Bila bertemu, anda dan dia lebih banyak mendiamkan diri dan kematian idea untuk dibincang bersama. Oleh itu, si dia mungkin berlaku curang dengan seseorang yg dapat mengisi kekosongan ini dengan pandai berbicara, mengambil hati, berlawak dan berkongsi idea dan pendapat.



7) Landasan Hubungan Yang Rapuh

Dulu dia bercinta dengan anda atas landasan yg tidak kukuh seperti dicabar teman2 atau dipaksa keluarga. Mungkin juga dia dulu beranggapan hendak main2 atau cuba2 saja dengan anda. Tak sangka pulak anda terus melekat! Mungkin juga kerana wajah anda yg cantik membuat dia rasa ingin bercinta dengan anda dahulu. Kemudian, pasti dia rasa tertekan bila jiwanya tidak betul2 cinta dengan anda, sebaliknya terpaksa berpura2. Oleh itu dia pasti berlaku curang apabila bertemu dengan seseorang yg benar2 membuat dia jatuh cinta!



8) Merasa Tidak Dihargai

Lelaki memiliki sifat ego. Mungkin anda sering menyakiti hatinya, membebel dan melemparkan kata2 yg tidak manis. Dia mungkin diam dan tidak membalas, tapi perasaanyaterhiris. Bila si dia rasa tidak dicintai dan dihargai, egonya terluka.Ego yang terluka mengakibatkan kesan yg buruk. Biasanya dia akan “membalas” dengan mengambil tindakan luar dugaan seperti berlaku curang di belakang anda! Dia berlaku demikian kerana ingin merasa diterima dan dicintai iatu perasaan yg tidak dapat dirasakan bila bersama anda.



9) Mahu Lebih Bahagia

Bila si dia merasa tidak bahagia bersama kita, boleh jadi dia akan mencari pengganti lain untuk mendapatkan kebahagiaan, yang definisinya kadang-kadang tidak jelas.




10) Sikap Yang Mengada-ngada

Asyik merengek bagai budak kecil bila inginkan sesuatu. Kadang-kadang si dia tidak mampu untuk memberikan sesuatu yg anda minta. Malah kadang2 hampir keseluruhan wang gajinya dihabiskan untuk anda! Malah anda terus mendesak2 seolah2 dia anak jutawan. Anda juga terlalu manja dan tak pandai berdikari. Asyik bergantung kepadanya sehingga pergi kerja pun perlu dijemput dan dihantar. Lainlah kalau anda sudah menjadi suami isteri. Si Dia mungkin muak dengan sikap anda dan mencari pengganti yg lebih mengerti.




11) Hubungan Terlalu Rutin

Bila hubungan menjadi terlalu rutin sehingga si dia dapat menjangka apa yg akan terjadi seterusnya, pasti timbul kebosanan. Contohnya,malam minggu pasti anda akan mengajaknya menonton wayang. Tempat makan pun asyik2 restoran yg sama. Anda tidak pernah mengajaknya keluar dari aktiviti rutin seperti berkelah, melawat tempat menarik, dan sebagainya. Kadang-kadang aktiviti seperti melawat Zoo , Pameran dan Muzium juga dapat memecahkan kebosanan dalam perhubungan.




12) Sikap Playboy or Playgirl!

Ahh…si dia memang patut anda jauhi sekiranya playboy sikapnya. Jgn menyesal jika si dia meninggalkan anda kerana mungkin itu sebagai penyelamat bagi anda sebelum anda lebih menyesal di hari kemudian. Dia pantang bertemu perempuan cantik. Pasti dia akan berlaku curang kepada anda.



13) Ada Orang Tidak Puas Hati

Si Dia setia dengan anda dan anda juga begitu. Tapi tanpa sedar, ada pihak tertentu yg begitu cemburu atau tidak puas hati dengan perhubungan anda. Mereka akan membuat cerita, memfitnah dan melaga-lagakan anda. Si Dia mungkin terpengaruh dan akhirnya melepaskan geram dengan kecurangan!



Tanda tanda pasangan anda curang :


1) Asyik resah melihat jan tangan apabila bersama
2) Tiba-tiba mengadu saki perut atau apa-apa penyakit lain ketika bersama anda
3) Kerap menolak pelawaan anda untuk keluar bersama
4) Menjadi panas baran dan kerap mencari dan membesarkan kesalahan anda
5) Kerap menyimpan dan menyembunyikan Telefon Bimbit nya dari diperiksa oleh anda
6) Kerap menghantar SMS dengan semnumyi-sembunyi dan bercakap di telefon bimbit dengan berjauhan dari anda.
7) Tidak kerap lagi mengubungi anda seperti biasa.
8) Melupai tarikh-tarikh penting diri anda
9) Kurang bercakap dengan anda seperti biasa
10) Pulang rumah lebih lewat dari biasa tanpa sebab atau pesanan yang munasabah.
11) Tiba-tiba soalan biasa anda dianggap soalan yang berat untuk dijawab.

Friday, 3 June 2011

.:: demam ::.

demam.

sungguh aku tak suka.

padahnya aku cari sendiri..

minum minuman berais dalam kuantiti yang banyak.

sedangkan aku tahu akibatnya..

nah, demam aku dapat.

berpantang dengan air sejuk buat sementara waktu

sampai sembuh.

tahan godaan milkshake, mocha , bla bla bla..

makan nasi pon aku tak mampu

selera hilang tah kemana

suap sikit-sikit

buat alas perut

nanti gastrik pulak datang..

lagi parah.

kuatkan semangat.

ahh aku benci demam.

Tuesday, 31 May 2011

.:: jiran baru ::.

selamat malam.

esok ade test..sempat lagi nak bercerita ni...alah, kejap jek..hehe..

semalam aku punya la struggle gila study, tido pukul 5 pagi bangun balik pukul 9 pagi bergegas cari buku nak flashback, tapi...............

bila aku dah pegi kelas......tunggu punya tunggu lecturer tak sampai2...dekat satu jam tunggu ni tau! *baik kan3? (kalau student lain, confirm dah cabutt balik rumah)

lastly, dapat jugak contact lecturer tu...tau tak ape dia cakap?

"lah saya lupa hari ni ada kelas........"......... *sabor je lahhhhhhh

hah ! berbalik pada tajuk entry aku....

sebelah rumah aku ni, memang dah lama kosong...daripada aku mula2 masuk rumah ni lagi...bayangkan, rumah yang aku masuk ni mase tu 8 bulan kosong..sekarang aku duduk rumah ni dah 2 tahun lebih..korang kira la berapa lama rumah sebelah tu kosong? hik2..agak bertahun jugak la kan............

TAPI ! eh..ni bukan pasal cerita seram la...hahahaa...semenjak dua menjak ni dah ada makhluk orang tinggal..bermakna aku dah dapat jiran baru ! hehee...tapi, kami tak pernah berbual lagi...aku cuma intai2 dari tirai kamar tingkap dapur jek...tapi aku rasa student Uitm..eh, aku tau la...daripada hobi aku mengintai tu...

nanti bila ada kelapangan, aku mesti ade tegur2 jugak kan? takkan taknak bertegur sapa pulak...jiran baru tu perempuan jugak...kalau lelaki , takkan aku nak pegi tegur....

p/s : jiran depan umah aku ni ingat aku nak ngurat laki dia ke ape ? please lahhh !

Thursday, 26 May 2011

.:: KARAK ::.


aku dah tengok cerita ni...pantas kan? hari ni baru tayang..hahahhaa..kerja gila kan? aku rancang nak pegi esok, tapi bile deal dengan classmate, mereka setuju arini..so ikot jek la kan...lagipun aku dah lama tunggu cerita ni..

apa aku boleh komen pasal cerita ni, bolehlah...seram jugak..aku cover takut dengan rambut..kih2..

tapi cerita ni banyak mengisahkan mengenai watak-watak cerita ni...sangkaan aku yang movie ni akan menceritakan kesemua  kisah seram mengenai lebuhraya karak meleset !



aku tunggu gak, lepas kisah wolkswagen kuning tanpa pemandu, aku tunggu kisah seram mengenai lebuhraya karak, tapi lepas mereka eksiden..mereka tersesat di kampung orang asli...tapi sebenarnya bukan MEREKA berempat..*suspen tak ? hahaaahhaha...nasib baik ada encik SYAHIR yang hensem gila ! kih3

" cik....boleh bantu saya cik......"


kalau nak tahu lebih lanjut kena pegi tonton kat panggung la kan...nt KRU tak untung la kalau aku cerita detail..kih3...

movie tu movie jugak...tapi kalau dah kuar tu, ade jek barang yg aku beli..aisshhhhh...bankrupt la sape kawen dgn aku nanti....

sempat lagi beli benda2 ni..grrrrrrr abes duit aku

tapi memang rugi aku tak beli banyak sushi tu...argh.... !!!!!!!!

p/s : pompuan memang suka shopping...toink~ toink~

Monday, 23 May 2011

.:: arak , perempuan dan clubbing ::.

dulu kami satu kelas...

daripada sekolah lagi, dia memamg ade masalah...pelajar bermasalah...

tapi..sekarang makin bertambah-tambah masalah kot..

ehh..masa aku tengah on9 mukabuku, aku terpandang lah mamat ni punya profile picture...

ada gambar baru upload lagi...

aku pon klik la..mesti kena ambik tau ni..alah, dia yang add aku, bukan aku add dia...

then, aku bukak, aku godeh semua gambar dalam album tu...alahai..budak2 zaman sekarang...dahsyat2..kalau nak buat jahat, bersosial, minum arak, berclubbing, tak payah la upload gambar dalam facebook...

apa yang kau bangga sangat?

dengan botol arak bagai atas meja, cikaro pompuan mane tah kau berpesta tak ingat dunia..


jahat-jahat nakal-nakal aku pon, bersosial aku pon, aku takdelah sentuh arak tu..setitik kita minum, 40 hari amalan tak diterima..aku masih tahu bab-bab agama...sebab tu aku tak suka upload gambar banyak-banyak kat facebook..untuk apa? tontonan ramai? bangga-banggakan diri ? tak perlu rasanya..

bukan tujuan aku buat entry ni untuk malukan sesiapa..tapi untuk peringatan diri aku sendiri jugak..terpulang kau orang nak cakap ape..

Sunday, 22 May 2011

.:: ohhh manusia ::.

" mengapa selalu aku yang mengalah....
tak pernah kah kau berfikir sedikit tentang hatiku..."

ayat di atas bukan untuk siapa2...cuma berkenaan dengan hati..

mengalah? apa ade dengan mengalah? kalah ke kalau kita mengalah?

ade faedah ke kalau kita mengalah?

untuk apa mengalah?

garu-garu kepala....

aku adalah orang yang penuh dengan sifat marah, degil, keras kepala...tapi kenapa kadang2 aku mengalah dengan individu2 yang kurang ajar dengan aku?

kenapa aku tak balas balik? kenapa ! ! !

bukan aku takut...tah..mungkin aku ada sifat  suci, murni mengalah...*cittt

takpelah, biar orang buat aku, nanti Tuhan balas kan3?

KEBAIKAN mengalah.....

1. Menjaga hubungan baik ..mungkin kadang2 mengalah itu dapat menyelamatkan hubungan sahabat, keluarga malahan dalam bercinta pon perlu sikap tolak ansur atau mengalah..jika masing2 berkeras untuk menang dan tak mahu mengalah, pasti sesuatu hubungan baik itu akan bertukar menjadi teruk..

2. Menjadikan kita insan yang kuat...tak pecaya? cube buat...hahahaa..betul, kalau kita banyak mengalah apa jua halangan atau masalah kita hadapi dengan relaks je..kih2

3. Memupuk sifat sabar dalam diri...tarik nafas dalam2..kemudian hembus..teknik ni memang berjaya untuk orang macam aku...sekarang aku kurang marah2 sangat..tapi kadang2 tu ade la jugak..hak3


KEBURUKAN mengalah...

1. Menyimpan dendam dalam diri...hey, tak semua orang yang mengalah ni akan diam je tau..mungkin mereka akan pasang impian untuk balas dendam balik...*kecuali aku..ye ke? haha

2. Menjadikan hubungan hambar...yelah, kalau selalu sangat mengalah, confirm lah yang mengalah tu dah bosan asyik kena mengalah jek......hakk tuuiihhh

3. Bermusuh..last sekali memang confirm la kita tak suka dengan orang yang jenis tak nak mengalah ni..kita jek nak mengalah, amboii pijak kepala pulak ye? memang jadi musuh la....kui2


apa yang aku cuba sampaikan, kadang2 aku rasa aku begitu plastik..kerana tak bersuara..berpura-pura suka, padahal aku tak suka...berpura-pura minat walaupun tak...aku cuma boleh bersabar je..sabar je lah berbakul-bakul...

dah puas merapu dah ni..sebenarnyer aku ada assignment nak kena buat...cuti tiga hari kerja makan tidur je..esok nak submit hari ni baru nak ketar-ketar menaip kan? sempat curi2 masa menaip untuk entry..lebih baik bercerita kat sini daripada bercerita dengan manusia yang macam patung..erkk...

ehem-ehem : semua di atas adalah berkenaan dengan aku.. aku jek ! paham ?

Friday, 20 May 2011

.:: mengGIGIT ::.

selamat hari Jumaat kepada yang membaca.

akhirnya..selepas TIGA hari...TIGA tau ! bergelumang, bergaduh, bertepuk tampar...

aku dapat tidur LENA !

nikmatnyer...

semua gara-gara si encik nyamuk...

semalam aku memang tak boleh sabar dah...tengah2 malam aku pegi kedai  beli senjata untuk membunuh encik nyamuk ni...

peduli lah, badan aku dah penuh dengan kesan2 gigitan encik nyamuk...dah la aku jauh dengan family, kang tak pasal2 sakit ke, ape ke...sape yang susah nanti?

sebenarnyer memang nak pegi beli awal2 lagi...tapi memang payah berjanji dengan orang....

susah kan? aku ni mmg dah cukup baik layan kerenah orang, tapi takpelah, orang buat aku, Tuhan je balas..Takde hal lah..

dengan adanya encik ubat nyamuk, aku dapat tidur lena malam semalam...

terima kasih !

Thursday, 19 May 2011

.:: eh , mcam tu je ? ::.

pelik.aneh..cerita punya la banyak episod..last2 ending cerita ni hampeh?

takkan macam tu jek ending cter ni? teruk3..penat aku tunggu episod akhir cerita ni...

sejuta cinta marshanda  (gambar sumber dari google)





jalan cerita punya lah belit-belit, pusing sana, pusing sini, tapi last-last macam tu jek ? aiyakkk...

Erkkk...macam ni pun ade ke ?

.:: menCARI IDEA ::.

ok.serius..pikir..pikir....sem depan sem last...kena fikir untuk final project...

encik-encik, puan-puan, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik...nak buat ape untuk final project nanti?

sistem apakah? *garu-garu kepala

sistem pendaftaran? sistem bar code? sistem gaji? sistem apakah?

tuLung2...

sistem tu mesti connect dengan database...ahhh kusut2....

macam mana ni . . Seniorrrr please Help me !


Monday, 16 May 2011

.:: SELAMAT HARI GURU ::.

setiap 16 Mei adalah hari untuk meraikan semua guru-guru...tak kisah lah guru tadika ke, guru sekolah rendah ke, sekolah menengah ke..semua meraikan Hari Guru ini...tapi guru memandu pon sambut jugak ke ? guru menjahit ? Errkkk...asalkan namanya guru atau pendidik masih tetap sama kan3? *pandangan aku lah kan..

aku ade la wish kat cikgu2 sekolah aku dulu..kat lectrurer2...mmg tak boleh lupa masa pegi beraya ramai2 dengan exclassmate aku mase form 5..serang umah cikgu2...hope tahun ni ade la...hehe..

banyak pengalaman aku masa sekolah dulu..waktu sekolah lah paling best...serius mmg rindu zaman sekolah...kalau lah boleh masuk sekolah, jadi pelajar sekolah satu hari jek, aku nak sangat peluang tu...tapi mmg mustahil lah kan3?

hmmm SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu di Malaysia...*macam la semua org bukak blog kau kan..HAHA


Saturday, 14 May 2011

.:: HILANG ! ::.

hoh! kecoh2...Tipah, Milah, Jenab, Kak Ton, Seman semua kecoh..pasal tak boleh sign in Blogger...

bukan tu jek..lepas tunggu dekat satu hari, bila berjaya sign in...

jeng..jeng..jeng....

apa yang aku post semalam HILANG..

bukan entry jek takde..aku baru je letak Heartbeat, tukar background..semua kena buat balik...

haiihhh cakap semua benda takkan hilang...hampeh tul la depa ni noh..

pasai pa cakap utagha ni..HAHAH

aku nak kena pegi cari mane yang dah hilang tu balik...dush dush

Thursday, 12 May 2011

.:: NORA ELENA ::.

ola !

ok...skang ni dah jadi hobi aku lah kan setiap hari Isnin hingga Khamis menghadap tv3...

aku dah jadi penunggu setia Drama ni...menurut mber aku, citer ni diadaptasikan daripada novel..owh..patut la aku macam penah je kan tahu pasal citer ni...

dulu la kan..aku rajin jugak la mentelaah membaca novel ni kan...skang ni macam dah jarang-jarang je...semua pasal berFacebooking , berBlogging, berJogging...berjoging atas tilam tu btol..hahahhhaa

ok..berbalik pada Nora Elena tadi, drama ni diadaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci...




Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

pelakon utama ( sumber dari google )


Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3


Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

walaupon dah tahu jalan cerita, tapi still nak tengok jugak..sebab cite ni best ..  :)

Wednesday, 11 May 2011

.:: FIXIE ! aku pon nak jugak ! ::.

salam...

tadi aku menonton TV sambil rehat-rehat...siaran 360...

fixie ! aku nak...aku nak...

fixie ?

meh tengok meh...



merah! fav color aku ! (sumber dari google)

cun ! stylo abes... (sumber dari google)

pink ! auwww i loike . . (sumber dari google)


kan3? mmg dah jadi trend lah skang..student2 U , poli semua pakat ramai2 pakai beskal ni...semua hensem2 lagi..kih3...

tapi...beskal ni tinggi..dengan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi ni kan...dapat ke beskal ni? huk3

Sunday, 8 May 2011

.:: tiada mood ::.

kenapa eh? takde mood langsung...tak tau nak describe macam mane...takde yg menggembirakan pon...ade jek..hmm..tak boleh ke, tolong buat aku happy kejap...

argh...tension.....nak cari packing barang...mood, datanglah....tak puas lagi aku kat sini...sedihnyer....

mama, ayah...tak nak balik sana.... :(

Saturday, 7 May 2011

.:: terharu !!! ::.

ok...seriously mmg terharu...orang yang baru kenal aku wish my besday..adik angkat aku..fatin nabila wish besday aku..hahahaha happy seyh..siap letak pic lagi...maluuu i auwww....

aku tak nak hadiah pon...cukup lah wish je pon..sebagai tanda ingat kat aku..tq adik !

ni budak kecik ni ....
hah..mencopet picture aku daripada mukabuku..hahahahaa...adik..adik...piat telinga baru tau !

.:: yeay McD ! ::.

ok..hari ni happy sebab jumpa member2..layan steamboat, pastu borak2..sumpah best...

dapat McD jugak ! suke2..nak Happy Meal ! yeay dapat... ! ! !

makan kat situ and ade tapau lagi tau....dia nak belanja aku sebab besday aku 7 Mei ...hehehe tua dah aku !

banyak kan ? nyum2 . . paling suka McFlurry jek


aku request Happy Meal...ingatkan dapat mainan..tapi dapat ni ..............

cawan Spongebob dan kawan2nyer..HAHAHAA

dapat cawan yg comel mungil...hhahahahaa ... ingatkan nak main mainan...kih3

Thursday, 5 May 2011

.:: HARAPAN ? mungkin . . . ::.


masih ada harapan...

mungkin...

mungkin jugak ya...

mungkin jugak tidak....

aku dah putus harapan...
aku kecewa...

sedih....

aku cuma boleh berharap, keajaiban akan datang esok..

Aminn.....

.:: aku tertekan, hampa , sedih ::.



gila..macam mana boleh jadi macam ni..

aku macam nak nangis kuarkan darah kat mata aku..

sia-sia....

nasi dah jadi bubur...

sumpah aku buat betul-betul...

aku sedih...

orang tak support, tapi kondem aku...

bercerita sama je macam tak payah cerita...

jangan tanya ! aku tak suka nak jawab..

ini ke hadiah untuk aku tahun ni ? 

sedih !

Wednesday, 4 May 2011

.:: adore ::.

first time aku tengok muka dia ni, lawa seyh..cantik..orang mix la katekan..tertanya-tanya gak sape dia ni...

ixara aisyah


dia ni mix pakistan..thats y lah cun kan ? adore la tengok muka dia nih ! suka2 !

p/s : kalau aku ni kacukan macam mane ? hik2  :p

.:: PANASSSSSS ! ! ! ::.

panas? ape yang panas ? goreng pisang panas? keropok lekor? taklah, aku bukan nak berniaga kat sini...GILA?

aku paling tak minat berniaga...HHAHAHAA

ok. berbalik pada kisah PANASSS tadi...

hari tu aku lepaking kat kedai mber aku...then masa berbual-bual tu dia cerita pasal satu benda ni...benda ke?bukan benda, tapi cerita lah...biasalah, dah lama tak balik Johor, aku mane tau cerita2 HOT kat sini kan3?

tibe-tibe terpacul nama *****fah...nama perlu dirahsiakan..hahahaha...tapi bukan gosip pasal dia je, pasal kakak dia sekali...alah, yang ambek EX-bf aku dulu...HAHAHAHA ( bf mase skolah k )...grrr

then, nak dijadikan cerita, dia datang kedai mber aku..dia cakap nak TUNANG...

TAPI ! bukan dengan EX-bf aku tu.."dengan orang lain"...tu dia cakap dengan mber aku la kan.....

aikkk? biar betik...berCHENTA bagai nak rak sampai maki2 aku, mcm good2jek... last-last......hampeh...

ape aku boleh cakap, sengih2 je la kan...dulu bukan main lagi si Lelaki ni masa dah tak nak kat aku....kalau aku jumpa dia, memang aku ketawa guling-guling depan dia..*yeke ? hahahha

sebelah mata aku pon dah tak pandang kau lah JANTAN lelaki ! tapi aku rasa jantan tu lagi sesuai untuk kau..sebab kau memang lelaki pengecutt.. hahahaha

.:: takde idea nak bagi tajuk entry ::.

PAGI | 7.00 am . 

tokk tokk tokkk . . adik aku ketuk pintu..

"kak adik nak pegi skolah...."...

aku bangun dengan malas giler...rambut kusut masai..macam kuntilanak..kah3...

alah, awal lg..baru pukul 7..tidur semula ar...krooiiiihhh krooiiihhh....ZZzzzzZZZ.....


PAGI | 8.30 am .

hoiii malasnyer nak bangun...nampaknyer cuaca panas...

tgk muka kat cermin..alalaa...buruknyer..hahaha...aku ikat rambut, cuci muka..pastu pegi capai kunci nak bukak pintu..mak aku dah pesan suruh sidai baju..grrrr

jeng..jeng...jeng.......

apsal pagar ni tak boleh bukak...dah 186 kali aku pulas tapi tak boleh2 gak *penipu sangat

aku dah separuh gler ni..mampos aku terkurung kat sini...HAHAHA

kenapa pagi tadi boleh kunci, ni nak bukak plak tak boleh ?

aku capai HP . . call bapak aku..padahal orang tua tu tengah keje aku call gak...hahahahaa *bertuah punya anak

"cuba bukak slow2..tolak sikit2..."..ayah aku cakap kat aku...

ape ar aku ni, baru 3 bulan tak balik Johor dah lupa macam mana nak bukak pintu, kunci pon main ikot suka je...

setelah hampir 10 minit mencuba, akhinya...berjaya jugak...

rupanya, pagi tadi mase adik aku nak pegi skola, aku kunci guna kunci pintu yg dalam, tapi asal boleh plak? gila btol..dalam kepala otak aku da pikir nak bukak pintu ni guna Screwdriver je..lantak lah! HAHAHAAHA


PAGI | 9.00 am .

lepas sidai kain baju sume, aku mula menyiang ikan...nasib baik belum mandi kan3? HAAHAHAAH..

lepas da setel semua, aku pon masak ar...mak aku pesan suruh masak ikan tu asam pedas, pastu goreng sayur kobis..nak bg cun sikit, aku letak ar serbuk kunyit...baru ade colour... HAHAHAA.

lepas siap masak semua, aku angkat semua baju-baju yang mak aku jemur..ade baju semalam, kelmarin...semua baru kering sebab kat sini dah dua, tiga hari hujan je, baju pon lambat kering ar...lepas tu aku pon lipat ar baju tu semua...

TENGAH HARI | 1.00 pm .

lepas siap semua, aku pon dah mandi, dah makan, masa untuk menonton tv...tinggal sorang-sorang kat umah mmg bosan gler...nasib baik ade tv...kalau tak, macam mane arr...

PETANG | 3.00 pm .

mata aku dah mula mengantuk dah...ingatkan nk tengok Marimar...tapi tak tahan gila...dengan bahagianya aku pon tidur................

macam dalam mimpi, aku rase macam henpon aku bergetar...tapi btol ke? dengan mata terpejam, aku raba-raba cari....Sah, mmg btol..mber aku ajak kuar lepak2...aku tengah tidur, mmg tak lah kan? lagi2 dengan cuaca mendung, confirm nak hujan...

dyorg semua nak ajak pegi layan steamboat..steamboat ape hujan2 ni...pastu dyorg cakap lepak McD ke..aku mmg tgh malas gila..kalau aku nak bersiap, confirm 1 jam..

aku tidur je la kan.....tak ingat dunia...

PETANG | 7.00 pm .

tibe-tibe aku tersedar......tgk jam da malam...

bangun, capai tuala terus pegi mandi...

lepas mandi, ape lagi...aku makan ar....lapar seyh...

tapi mmg confirm la, lepas makan tu, aku makan lagi, lagi, dan lagi....Sampai mak aku pon tegur...makan je kau ni . . HHAHAHAHAA

MALAM | 9.00 pm .

aku still tengah makan...hidup aku macam boring je klo tak mengunyah...HAHAHAHA

Biasalah hari ni Selasa ! time for Asmara ...

shahz jaszle yang digilai oleh aku .



Shahz Jaszleyang macho *auw

then lepas tu aku tak tau dah nk tengok siaran mana...

MALAM | 12.00 pm .

now aku kat depan laptop, surf sana, surf sini...berMukaBuku, berBlog, berMacam2 lagi lah...

kejap lagi mungkin aku akan tidur...melayan mata..kejap lagi la kott..lepas aku cuci muka, cuci gosok gigi..lepas tu tidurrr...memikirkan ape akan jadi pada hari esok....

p/s : macam suri rumah pulak kan ? HAHAHAA

Sunday, 1 May 2011

.:: KERJA ke tak . . . ? ::.

nak kerja ke tak...cuti 2 bulan...kerja ke tak...kerja ke tak...mber aku da ajak keje kat tmpt dia...mesti promoter punya...klo dia offer casheir macam last aku keje dlu sedap gak gaji...HAHA

aku ingat nak berMALASan je kat umah...makan, tidur, makan, tidur je...tapi hari tu aku da excited nak cari keje..nah, skang keje cari aku..aduuhhh..mesti penat...takpe, relaks2 dulu...nanti pikir...boleh ke macam tu?

alah, bukan lama pon kan cuti ni...tapi nanti kalau keje, aku tak dapat la tgk tv je...cter dah ar best2...Sejuta cinta marshanda, Marimar..bla bla bla...Akademi Fantasia, Maharaja Lawak, Mentor...HAHAHAH

kalau duk kat umah je, lagi ar bosan...baik pegi keje, dapat cuci2 mata..serve customer, jumpa ramai orang...haishhh...macam mana ni...keje kot, tp lambat sikit ahh..ambik mood nak keje dlu, Ok tak? baru je dua hari kat JB, takkan sia2kan masa berehat ni...kan3?

biasalah, manusia..semua ade penyakit Malas ! hahahahaha

.:: SABAHan ? ::.

tadi mase aku termenung..tibe2 teringat mase aku teman mber aku...kelakar pon ade..da 3 kali aku kena macam ni...

1st time dulu mase aku keje..mase tu aku baru habis skolah..aku kerja casheir kat satu kedai baju..then ade customer tu tegur..bila nak balik sabah? what? gila? aku ingatkan dia cakap kat mber aku..rupanya dgn aku..

"Bang saya orang sini..bukan Sabah.."...

"Oh ye ke? tapi muka macam orang sana"....

aiseyyhhhh....tepuk dahi aku..


2nd time mase umur aku 19 tahun..mase tu aku keje kat kopitiam mber aku....aku kerja sebagai waitress..tugas aku biasalah, ambik order customer, then hantar kat mereka...best kerja ni..macam2 perangai customer ni..dlm hati mmg berbakul2 aku marah..hahahhaaa...citernyer mcm ni....lepas aku ambik order customer ni, ade brader ni tegur...

"Dik, muka dah lawa dah...ape kate adik senyumm..."...aku dengan blurrr pon senyum ah....

"Hah..kan lawa tu...kena senyum, nt customer larii..".. *kecoh ar brader ni..aku tampar kang..sabar2....

"Eh awak ni orang mana? orang Sabah ke? muka macam orang Sabah lah..."...

"Tak bang, saya orang sini..asal sini gak..."... *aku tampar jugak kau  ni kang !

"Eh tapi muka macam orang Sabah lah..Betul..."...

aku pon blah lepas tu..takkan sampai aku nak tunjuk IC lak kan?


3rd time mase tu aku tengah teman mber aku, Azi...mase tu kat Butterworth..biase ar..brader2 jual tiket serbu customer...

"kak long, nak pi mana? KL ka? ..."..

"Seremban ?..."...Ciss..aku teman mber aku je arr...kang ade yg kena maki ni kang..

Lepas dah settle sume benda, then kiteorg pon tunggu bas ar nak balik...

"Adik nak balik mana? "...

"Balik umah ar bangg..takkan nk tido sini kot..."....

"Aik mmglah ang nak balik, tp nak pi mana ? nak tidoq sini pun buleh..."..sambil sengih2...mintak penampar ar tu...

"Adik ni orang Sabah ka?..."...dia dah mula dah...

"Tak bang, saya orang Johor..."...

"Ya ka? tapi awat muka macam orang Sabah? Takdak macam orang Johor pun..."...

Gila..hampir 10 minit jugak la melayan dia membebel..then aku ajak Azi pegi naik bas cepat2 sebab tak larat nak dengar dy bebel..


Balik tu kiteorg pegi Jusco pasal Azi teringin nak makan claypot...jalan2 kejap, pastu balik..

Puas aku belek muka aku, muka macam orang Sabah?...kalau aku cerita kat mak aku, confirm dia cakap aku perasan...Tapi mmg tak masuk akal lah...hak3..

p/s : Proud to be Johorean.  :))

.:: yaww ! ! ! im at JB rite now ~ ::.

yeah ! finally...setelah penat bertungkus lumus berperang dengan final paper, aku kat Johor...punya lah sedap tidur, tau2 je dah pukul 12.30 tgh hari.. WHAT ? hak3...hujan kott kat sini..tu pasal la aku pon tak sedar..alamak terbawak2 lak habit kat Penang..Mamp0s mak aku mengamuk..kih3..sumpah malas giler aku nak bangun pagi tadi....mata pon berat je...






ahh tak boleh jadi, perut lapar pulak...terus pegi dapur..hak3...*gila kan? aku tanya adik aku, mama mane?
"tah tau ar..keluar pegi mane tah..."...hampeh tol budak ni....

aku call mak aku...suruh masak nasik, panaskan lauk... bla... bla... bla...pot pet pot pet...HAHA...*rindu yg ni lah...

selepas selesai semuanya, tanpa ragu-ragu, tanpa belum mandi..aku makan terus.... gila, aku mmg dah kelaparan tahap ke-82..mana boleh tahan dah...kalau bakal mak mertua tau, mampos aku.. Hahaha..cancel nak wat calon menantu...*simpang malaikat 44...

bila dah kenyang, mata ni mula ar berat smula..ahhhh kacau ! penat semalam tak hilang lagi ni...adoii mata oh mata...

Wednesday, 27 April 2011

.:: tekanan ! ! ! ::.

aku nak menjerit ! tgk jam pukul 2 pagi. aku nak nangis. aku betul2 tertekan lah ! hey air mata, berhenti keluar ! semalam hari dahsyat . aku tak boleh nk jawab paper SAD . DAMN ! hari ni , pagi nanti Algorithm then ptg Database System. Totally teori . aku macam nak pitam , nak muntah ! ditambah pulak dengan masalah lain . aku benci !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

aku nak menjerit biar satu dunia tahu ..kenapa susah sangat nak dapat ape yg aq study dpd tadi ni ? da brape lama aku menghadap nota2 ni . aku tak larat , aku nak muntah ! tertekan ! tolonglah , otak aku perlu rehat. tapi , tak boleh ! semalam aku tak tidur langsung..aku mmg lembik nak mati skang ni..

AArrrggggghhhhhh !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Thursday, 21 April 2011

.:: F4105 selesai ~ ::.

damn..tak cukup tidur..

semua gara-gara F4105

ape tu ? kod subjek bagi Java Programming

satu paper sudah selesai...

tinggal 3 paper lagi...

alahai...


bercerita pasal encik Java ni, sakit hati aku...

tengok soalan satu...aku boleh senyum2 lagi...

bila jengah2 soalan lepas tu...

damn ! garu2 kepala aku..

jenguk tingkap...tengok orang mesin rumput..

aku macam nak jerit "hoi senyap la ! aku tgh cari ilham nak menembak jawapan ni"...


aku angkat tangan ... *muka kena confident..HAHA

"puan saya nak pinjam calculator"....ciss bole lupe calculator pulak dah...

nasib baik aku buat muka tak malu...kalau tak mmg nahaslah...


then after 2 jam memuntahkan segala jawapan di atas badan Encik Java...

tamatlah penderitaan...

jumpa lagi untuk semester depan dengan Java.net..

untuk F4105...harap2lah lulus..

Amin...

Tuesday, 19 April 2011

.:: minat giler ! ::.

perfect. itu je yang aku bole cakap pasal dia.

cantik. minat giler !


 

kilafairy 

damn . so gojes ~

Thursday, 14 April 2011

.:: a l o n e ::.

mandi.bersiap untuk keluar...

sendiri lagi.

langkah dipercepatkan.."hai kak long..",...

tak penah nampak pompuan jln sorang2 ke ? mangkuk tol..

ni lah dia jantan klo da nampak pompuan..bole tak kalau tak kacau? *wtf

jln sorang2...sedih.

tibe2 aku teringat kat mak, family aku semua.

aku nak balik !

kat sini selalu sorang2..tak best..

tapi sama je nanti..

aku tetap rasa sorang2...

sunyi.

sebak.

sedih.

siapa akan paham ?

Wednesday, 13 April 2011

.:: study ::.

cewah, tgk tajuk mesti berkobar-kobar...mood study pada pukul 3 pagi...dengan note, laptop, pencil case...

hahahhhaa..ape bley wat, laptop penting pasal note dlm softcopy..


yeah chaiyok2 ! ..aku pasti boleh..sekurang2nya cover 2 bab pagi ni..

Tuesday, 12 April 2011

.:: pelik ::.

aku tengah on9 mukabuku...sebab nak mandi, aku biar je la kan lappy terbiar...

lepas mandi, dengan bertuala je*pheewwwiitt aku pon tgk la lappy aku...

jenggg...jengg...jenggg....

ape kena la dengan mukabuku ni..siap sorry2 lagi pulak

tapi skang da kembali normal..haish..pening2 lalat aku kejap tadi...

.:; aku , tidur dan Hujan ::.

cuaca panas terik..tiada tanda2 menunjukkan nak hujan..ahhh basuh baju lah..

"Peh boleh tahan gak banyak baju..", omel aku.

"Cuaca panas, baik aku basuh baju...".....

kalau basuh bajuh guna mesin, mmg senang giler hidup aku..lagi2 kalau guna mesin automatik, mmg tinggal sidai je la..ni pakai tangan, mmg kasar la tgn aku ..nanti hantaran turun la...hehe..*poyo

setelah siap menyental, memberus, berhempas pulas membasuh baju, langkah terakhir ialah merendam baju2 itu semua dengan pewangi..barulah wangi sikit..kan3?

setelah pewangi tersebut sebati dan bersatu padu dengan pakaian, bolehlah diperah dan disidai...pastikan baju diperah sehingga kesemua air telah tiada...periksa jugak pada baju sama ada telah hilang bau, warna dan rasanya...

periksa juga hanger sama ada cukup untuk menyidai pakaian..takut2 klo jiran depan umah curik ke, terbagi member pinjam ke..kan3?

sesudah itu, bolehlah memulakan langkah2 menyidai pakaian...sambil2 itu, mata menjeling2 ke arah rumah bujang di depan rumah..mane la tau kena intai ke kan, baik kita intai mereka dlu...hik2

pastikan juga memakai pakaian yang sesuai ketika menyidai baju..jgn memakai pakaian yang menjolok mata..ini perlu diambil kira dari segi aspek keselamatan..mane la tau kan, kite tgh sedap2 sidai bju ade orang nak ambil kesempatan...

setelah itu, pastikan baju disidai mengikut saiz..contohnya dari yg kecil ke besar...baru cun..baju juga di terbalikkan..*terpulang pada individu

"Ahhhh siap pon sidai baju...".....

toleh kiri, toleh kanan..pandang atas.....

"Ah sudah, mendung plak hari ni..........".......

tiba2 hujan pun turun.....sabor je la....

*************************************

hujan turun dengan lebat...tidur mmg sedap ni...

aku baring dengan harapan dapat tidur dengan lena.....

kroihhhh kroiihhhh.....ZZzzzzzzzz ZZZ zzzzzzzzz........

*************************************

.........bunyi org ketawa..........

adoi telinga ni...sensitif sungguh ! ! !

"aku nak tidur lah !!!!"...menjerit dalam hati je...itu je yg aku mampu....

pusing kiri, pusing kanan, meniarap, terlentang, mengiring..pelbagai aksi aku dah cuba...masih tak dapat nak tidur smula....*celaka

"tolonglah diam........aku nak tidurlah"....cakap dalam hati lagi...

aku bangun.capai mp3 player..*pemberian encik H

dengar lagu lg sedap..mudah2an boleh tidur............

----------------------------------------------------------

HARAM. masih gagal nak tidur semula...tolong2..aku macam nak menjerit biar satu Penang tau aku tension.

aku bangun.masuk toilet..bukak laptop..layan Maharaja Lawak kat Youtube lagi bagus...

aku paling tak suka kalau aku tgh tidur  :-

1. orang memekak sampai org lain boleh pekak dengar suara kau.
2. orang bukak lampu mase aku tgh sedap tidur.
3. dengar bunyi hp. hOi matikan la hp ko tu sebelum aku campak kat dinding.
4. orang call aku mase aku tgh tidur..sbb tu hp aku silent bile tido..memekak tau tak !
5. kau boleh berborak plak. pegi tempat lain lah !

p/s : pikir lah pasal org lain jugak..kalau nak org hormat kau, kau kena hormat org lain..

ade ubi ade batas, lain hari aku balas...Tunggu ~

.:: mood B ::.

toleh kanan , toleh kiri...ketuk2 keyboard..tv depan mata terpasang je..cter kat tv pon tah ape2...ape nak buat ni..mmg B dah sampai...ape ? B la.... BOSAN ...

bukak mukabuku, Bosan....bukak game, Bosan....semua Bosan....takde aktiviti...Study? blom lagi..nanti laaaaa...alaahaiiii...Bosannya...Makan? ahhh takkan makan lagi...twitter? Takde ape disane...myspace ? acc tu da setahun lebih lamanya delete...tekan2 remote tv lagi...mengharapkan ade siaran yang best....Bosannya....


sampai bile la nak mcm ni ...takde org nak borak2 dgn aku ke ? huk3  :(

Monday, 11 April 2011

.:: p u c a t ::.

4 hari menderita sakit perut membuat muka aku jadi pucat lesi..mmg nampak ketara kat muka aku..aku menyendiri je dalam bilik..sakit perut sampai aku demam..mmg lembik giler..aku mmg takde mood nak berbual..senyum pon aku da lupa da..bertambah masalah aku bile laptop aku problem sampai kena format..

aku hilang punca..kat sape aku nak bercerita pon aku tak tau..apepon aku ckp, orang tak peduli..berjuta kali aku bersuara semua sia2..buntu..mmg sangat buntu...lemah, tak larat da aku...tadi aku ketawa puas..hilang tension aku..dalaman aku takde sape tau..biarlah, bukan ade siape peduli..aku tak tau nak cakap mcm mne lagi..

besar sangat ke dosa aku ni........

Friday, 8 April 2011

.:: FINAL ouh FINAL ! ! ! ::.

tinggal seminggu lebih je lagi nak final exam.. kecut gak perut aku..mulai sem ni jadual diseragamkan..bermakna semua poli akan jawab subjek yang sama pada waktu yang sama.. GILA!.. tu takpe lagi, paling aku tak bole pegi dalam satu hari 2 paper..mmg mati kekejangan otak la..lagi2 kalau jawab dalam dewan..mmg kena standby sweater mcm kat overseas tu.. hik3

18/4 tu abaikan je sbb aq tak ambek ! hahaha            

ok..bermakna aku start memerah otak 21/4..nasib baik aku tak ambek microP..tapi subjek AVD pon penat gak..tak pasal2 aku jadi pelakon..grrrrrrr* bile lagi kan3? HAHA..

aku tak paham knp perlu selaraskan semua Poli untuk jawab exam..mmg menjadi kesusahan bagi pelajar yang malas macam aku. 

1. aku selalu study LAST minute. Esok nak exam, malam ni mmg struggle gila2 sampai tak tido..

2. kalau aku tido skalipon, cume tido2 ayam je..ayam pon tak tido macam tu.

3. kalau study last minute ni, mmg senang ingat..tak caye ? ce cuba ce cuba..*depends la pada org gak

4. tapi skang ni mmg kena study dpd awal la..study sikit2 kan..

5. mase exam ni la aku tak pedulikan mandi, makan dan segalanya, sampai aku jatuh sakit..*gila

6. aku akan gunakan masa yang ada ni dengan sebaiknyer *cewah !

tapi petang2 ni, mata aku da mengantuk la pulak..menjadi satu kewajipan untuk aku tidur siang..kroiihhh krooiiihhh... ZZzzzzzZZZ......HAHA..selamat tidur siang   ;)

.:: tukar mood ::.

ok..slalu background blog ni gelap n malap je kan3? aku decide nak tukar mood..pilih yg ceria..ceria x? hahaha..penat aku explore coding..*kesat peluh  hehe..ok aku sebenarnyer melayan perasaan, sbb tu sibukkan diri..skang da pukul 3.30 pagi..esok takde kelas, tp aku pegi masuk gak pasal nak hantar assignment..ni lah padahnyer buat last minit..*padan muka

sudah..tidur, makan, pakai aku sume tak teratur semenjak awal bulan 4 hari tu..semua gara2 assignment, mini projek, lab2 dan sewaktu dengannya bertangguh...ya, aku kembali kurus...tapi mber aku tegur pipi aku makin tembam.. HAHA biar betik ! ! ! aku makan semua naik kat pipi kot...

ok la, bantal aku dah panggil2 ajak tidur..minnie aku pon da cakap bile nak tidur? cewah, mne dia bole cakap kan3? kang xpasal2 aku pengsan..

ni la minie peneman tidur..comel kan3 ?
 tgk pic diatas..tu selendang aku yang pakaikan si minie ni..HAHA . . biasa la, tengah melayan mood giler datang..ok lah, jom tidur ! selamat pagi malaysia ;))

Thursday, 7 April 2011

.:: selamat pagi dunia ::.

hey still morning..what? skang pukul 4 pagi tau, tp aku baru nak tidur..mmg sialan..tu la kerje sume bertangguh..*fuck pada org yang da membuta..pegi mati la kau dalam tidur..hahaha *jahat kan ?

ok, now time to sleep, i have class at 8.15 am..at 7 a.m i must wake up...grrrrr *wtf

hey , i have bad day too.. why he always want to fight wif me..i dun want any argue la...very tired, sucks of all this things..small matters only..im only add my fren on facebook, why it can be big issues ????????
argh, i dun want to think bout it , for me now sleep is more important..see, goog morning darls..muuaaaaaahhh..sleep tight.. me, always alone     :(

Sunday, 3 April 2011

.:: sendiri ::.

mmg aku bersendirian kan ?
ingat satu benda , jgn tagih simpati org..
lebih baik diam kan ?
hipokrit ? tak..
tapi cuma tak nak tambah masalah orang..

simpan saja semua..
hey, aku periang..
i am happy go lucky person..
no need to sad..

aku ade nana , reen ..
tapi takkan setiap masa org nak dengar kan..
senyap..
diam..
lebih baik simpan..
senyum je..
aku kan kuat..

susah kan nak puaskan hati semua ?
kita rasa dah lakukan yg terbaik..
tapi tak...
salah kita mmg org akan nampak...
senang je org nak cari salah kita...

bangun !
dan berhenti menyusahkan org lain..
benda remeh temeh tak perlu dihebohkan..
.untuk apa bercerita kalau org tak nak dengar..
sia-sia..