.:: followers ::.

Wednesday, 27 October 2010

. sepi sunyi sendiri .


Aku sunyi la. Bila dah sunyi, sepi,  maknanya aku sendirian. Siapa yang paham? Aku tanya ni, siapa yang akan paham? Kau takpalah, kau ada teman-teman kau. Kau ada kenderaan sendiri. Kau nak ke mana pun kau boleh pergi. Aku? aku sendirian kat sini.

Kalaulah kau paham. Tapi kau tak paham. Apa yang kau tahu, aku yang harus paham kau. Aku yang harus mengerti kau. Aku harus ikut telunjuk kau. Sedangkan aku? siapa yang mahu dengar cerita aku? siapa yang mahu dengar keluhan aku?

Aku cari kau, tapi kau tiada. Kau tiada saat aku perlukan kau. Kau minta aku paham kau, tapi kau tak pernah paham aku. Kau tak pernah rasa apa aku rasa. Kalaulah kau kat tempat aku. Kalaulah kau tau macam mane perasaan aku. Tapi kau tak tau. Dan aku rasa kau tak nak tau pun.

Aku sakit, kau juga tak tau. Sebab aku rasa kau tak patut tau. Sebab bila aku nak bagitahu, kau tak ada. Kau fikirlah. Kau dah besar, kau juga yang cakap dengan aku dulu. Kau tak mahu perkara sama jadi kat kau. Tapi aku juga manusia. Aku punya hati, aku punya perasaan. Aku perlu perhatian. Kalau minta perhatian kau, nanti kau cakap aku menagih simpati kau.

Tak apa. Aku boleh cakap sorang-sorang. Macam orang gila. Itu yang kau nak kan?

. mati itu pasti .


Aku bermohon semoga matiku nanti dalam khalimah syahadahmu, dalam jalan lurusmu dan permudahkan kematianku Ya Allah.

Semalam adik mak cikku di masukkan ke hospital. Menurut ibuku, sakit perut. Tapi kelihatannya seperti sakit yang amat.

Baru tadi aku menelefon ibuku ingin bertanyakan jika dia ingin pergi melawat saudaraku itu, aku ingin juga pergi. Tetapi kami semua terlambat. Dia sudah pergi meninggalkan kami. Yang aku paling terkejut, rupa-rupanya ibuku menelefonku banyak kali dan pesanan ringkas juga dihantar.

Argh, pasti dia lagi salah nombor. Mungkin dia menghubungi nombor lamaku. Pelik! memang pelik. Tiada deringan untuk hari ini. Takkanlah ibuku salah nombor?

Tapi apa yang membuat aku lebih kecut, kematiannya disebabkan SAKIT PERUT. Cuma itu ? Argh , bukankah ajal itu di tangan tuhan? sakit perut itu cuma alasan atau penyebab kepada kematiannya. Kita semua pasti akan mati. Semoga aku mati dalam Islam. Insyaallah ..

. semakin takut aku .

Hari ini seperti biasa aku sakit perut lagi. Ya, boleh bilang dengan jari berapa kali aku tidak mengalaminya. Hari-hari mesti begini sampai bila aku harus menahannya ?

Tadi aku sempat berbual dengan pensyarahku di ym ( yahoo messenger ) hehe. Pasti dia perasan akan status aku tiap-tiap hari mengalami sakit perut. Dia menyarankan agar aku ke hospital. What? Dengar perkataan itu aku sudah kecut, inikan pula mahu ke sana membuat pemeriksaan lagi. Ish takut aku !


Hampir sahaja mahu tersembul mata aku melihat apa yang diberitahu pensyarahku. Kanser? aku tidak mahu. Katanya aku harus ke hospital, ambil ubat. 



Tengok, aku masih menyebut takut nak ke hospital. Tapi aku pasti akan pegi juga nanti. Aku akan ambil ubat, bukan untuk siapapun, untuk aku juga. Aku masih mahu hidup, mahu lihat dunia ini. Masih terlalu awal untuk aku pergi daripada dunia ini. Bekalanku untuk ke akhirat sana masih belum cukup.

Ya, aku akan pergi buat pemeriksaan. Bila? di mana? dan bagaimana? biar aku sahaja yang tahu.





Aku mencari info mengenai tanda-tanda kanser ini. Di sini aku sertakan beberapa tanda-tanda kanser usus:

  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut.
  5. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  6. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.


. mcd oh mcd .

Mcd atau McDonald's. Setahun lamanya aku tidak makan makanan ini. Seingatku, kali terakhir aku makan makanan ini ketika aku masih semester 2. Ketika itu aku berbuka puasa bersama dengan rakan sekelasku.

Jika ada yang bertanya, kenapa? Aku sendiri tiada jawapannya. Bukan aku boikot, entah kenapa aku tidak mahu atau tidak terasa hendak makan.






Tetapi bila melihat iklan atau gambarnya aku teringin juga hendak makan. Tidaklah terlalu teringin, mungkin kerana sudah lama tidak makan.

Mungkin suatu hari nanti aku akan makan juga. Mungkinlah.....

. me0w me0w .


Comel kan? Satu hari nanti aku pasti dapat memiliki haiwan peliharaan ini. Kenapa tidak sekarang? Terdapat banyak faktor yang tidak membolehkan aku membela kucing ini. Sedih aku.

Faktor pertama , kerana aku tinggal di kawasan rumah yang tidak sesuai. Kenapa aku katakan tidak sesuai? Rumahku flet, mana sesuai membela kucing.

Faktor kedua, larangan keras daripada ibuku. Mungkin kerana kisah silam membela kucing dahulu akibat kucingnya pernah mati di rumah jiran, ianya seperti larangan keras ke atas ku juga.

Faktor-faktor lain adalah cara-cara menjaga kucing itu, kesihatannya, kebersihannya, makanannya dan macam-macam lagi lah.

Aku teringin sekali membela haiwan ini. Haiwan kesayangan nabi. Haiwan yang kupikirkan sangat memahami hati manusia, peneman manusia dan juga penghibur manusia. 


Lebih baik cakap dengan kucing daripada manusia. Bila hati sedang sedih, haiwan lebih memahami. Ya, aku akan pastikan satu hari nanti aku akan memiliki haiwan peliharaan ini. Pasti!