.:: followers ::.

Friday 29 October 2010

. hey kau ! .


Sampah ! Aku bukan nak cerita pasal sampah, tapi aku geram. Hei suka hati aku la nak pergi kerja pakai kasut apa. Aku mintak duit mak bapak kau ke? Tak kan?

Aku ceduk nasi pakai tangan kiri pun menjadi masalah kat kau. Go to hell !! nak mengurat? Boleh jahanam, nanti aku belikan cermin besar untuk kau cermin atas bawah. Dah aku ni kidal, mestilah guna tangan kiri. Bodoh tu jangan la tunjuk sangat. Grrrr !

Kalau aku ni sama jantina dengan kau, atau tenaga aku kuat macam kau, da lama aku maki kau tadi. Argh geramnyer aku dengan jantan tadi tu!!!!!!!!!!!

Wednesday 27 October 2010

. sepi sunyi sendiri .


Aku sunyi la. Bila dah sunyi, sepi,  maknanya aku sendirian. Siapa yang paham? Aku tanya ni, siapa yang akan paham? Kau takpalah, kau ada teman-teman kau. Kau ada kenderaan sendiri. Kau nak ke mana pun kau boleh pergi. Aku? aku sendirian kat sini.

Kalaulah kau paham. Tapi kau tak paham. Apa yang kau tahu, aku yang harus paham kau. Aku yang harus mengerti kau. Aku harus ikut telunjuk kau. Sedangkan aku? siapa yang mahu dengar cerita aku? siapa yang mahu dengar keluhan aku?

Aku cari kau, tapi kau tiada. Kau tiada saat aku perlukan kau. Kau minta aku paham kau, tapi kau tak pernah paham aku. Kau tak pernah rasa apa aku rasa. Kalaulah kau kat tempat aku. Kalaulah kau tau macam mane perasaan aku. Tapi kau tak tau. Dan aku rasa kau tak nak tau pun.

Aku sakit, kau juga tak tau. Sebab aku rasa kau tak patut tau. Sebab bila aku nak bagitahu, kau tak ada. Kau fikirlah. Kau dah besar, kau juga yang cakap dengan aku dulu. Kau tak mahu perkara sama jadi kat kau. Tapi aku juga manusia. Aku punya hati, aku punya perasaan. Aku perlu perhatian. Kalau minta perhatian kau, nanti kau cakap aku menagih simpati kau.

Tak apa. Aku boleh cakap sorang-sorang. Macam orang gila. Itu yang kau nak kan?

. mati itu pasti .


Aku bermohon semoga matiku nanti dalam khalimah syahadahmu, dalam jalan lurusmu dan permudahkan kematianku Ya Allah.

Semalam adik mak cikku di masukkan ke hospital. Menurut ibuku, sakit perut. Tapi kelihatannya seperti sakit yang amat.

Baru tadi aku menelefon ibuku ingin bertanyakan jika dia ingin pergi melawat saudaraku itu, aku ingin juga pergi. Tetapi kami semua terlambat. Dia sudah pergi meninggalkan kami. Yang aku paling terkejut, rupa-rupanya ibuku menelefonku banyak kali dan pesanan ringkas juga dihantar.

Argh, pasti dia lagi salah nombor. Mungkin dia menghubungi nombor lamaku. Pelik! memang pelik. Tiada deringan untuk hari ini. Takkanlah ibuku salah nombor?

Tapi apa yang membuat aku lebih kecut, kematiannya disebabkan SAKIT PERUT. Cuma itu ? Argh , bukankah ajal itu di tangan tuhan? sakit perut itu cuma alasan atau penyebab kepada kematiannya. Kita semua pasti akan mati. Semoga aku mati dalam Islam. Insyaallah ..

. semakin takut aku .

Hari ini seperti biasa aku sakit perut lagi. Ya, boleh bilang dengan jari berapa kali aku tidak mengalaminya. Hari-hari mesti begini sampai bila aku harus menahannya ?

Tadi aku sempat berbual dengan pensyarahku di ym ( yahoo messenger ) hehe. Pasti dia perasan akan status aku tiap-tiap hari mengalami sakit perut. Dia menyarankan agar aku ke hospital. What? Dengar perkataan itu aku sudah kecut, inikan pula mahu ke sana membuat pemeriksaan lagi. Ish takut aku !


Hampir sahaja mahu tersembul mata aku melihat apa yang diberitahu pensyarahku. Kanser? aku tidak mahu. Katanya aku harus ke hospital, ambil ubat. 



Tengok, aku masih menyebut takut nak ke hospital. Tapi aku pasti akan pegi juga nanti. Aku akan ambil ubat, bukan untuk siapapun, untuk aku juga. Aku masih mahu hidup, mahu lihat dunia ini. Masih terlalu awal untuk aku pergi daripada dunia ini. Bekalanku untuk ke akhirat sana masih belum cukup.

Ya, aku akan pergi buat pemeriksaan. Bila? di mana? dan bagaimana? biar aku sahaja yang tahu.





Aku mencari info mengenai tanda-tanda kanser ini. Di sini aku sertakan beberapa tanda-tanda kanser usus:

  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut.
  5. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  6. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.


. mcd oh mcd .

Mcd atau McDonald's. Setahun lamanya aku tidak makan makanan ini. Seingatku, kali terakhir aku makan makanan ini ketika aku masih semester 2. Ketika itu aku berbuka puasa bersama dengan rakan sekelasku.

Jika ada yang bertanya, kenapa? Aku sendiri tiada jawapannya. Bukan aku boikot, entah kenapa aku tidak mahu atau tidak terasa hendak makan.






Tetapi bila melihat iklan atau gambarnya aku teringin juga hendak makan. Tidaklah terlalu teringin, mungkin kerana sudah lama tidak makan.

Mungkin suatu hari nanti aku akan makan juga. Mungkinlah.....

. me0w me0w .


Comel kan? Satu hari nanti aku pasti dapat memiliki haiwan peliharaan ini. Kenapa tidak sekarang? Terdapat banyak faktor yang tidak membolehkan aku membela kucing ini. Sedih aku.

Faktor pertama , kerana aku tinggal di kawasan rumah yang tidak sesuai. Kenapa aku katakan tidak sesuai? Rumahku flet, mana sesuai membela kucing.

Faktor kedua, larangan keras daripada ibuku. Mungkin kerana kisah silam membela kucing dahulu akibat kucingnya pernah mati di rumah jiran, ianya seperti larangan keras ke atas ku juga.

Faktor-faktor lain adalah cara-cara menjaga kucing itu, kesihatannya, kebersihannya, makanannya dan macam-macam lagi lah.

Aku teringin sekali membela haiwan ini. Haiwan kesayangan nabi. Haiwan yang kupikirkan sangat memahami hati manusia, peneman manusia dan juga penghibur manusia. 


Lebih baik cakap dengan kucing daripada manusia. Bila hati sedang sedih, haiwan lebih memahami. Ya, aku akan pastikan satu hari nanti aku akan memiliki haiwan peliharaan ini. Pasti!


Tuesday 26 October 2010

. lelaki tua itu .


Aku kagumi dia. Lelaki yang aku sanjungi. Aku terlalu rindukan dia. Tidak dapat lagi aku melihat renungannya. Renungan mata tua yang meniti usia.

Suatu hari, dia mengadu kesakitan di dadanya. Dia bilang pada semua sakit biasa. Masakan sakit biasa, begitu sekali dia menahan kesakitan. Lama kelamaan dia semakin sakit, semakin kurus. Dulu dia lelaki gagah. Walau dia sudah dimamah usia 70 an ,  masih kuat kudratnya.

Dia semakin kurus. Sehinggakan aku tidak mampu untuk menatapnya. Aku sedih melihat keadaanya. Kesengsaraan yang ditanggungnya. Di sisinya, setia si isteri menemani. Melayan kerenahnya. Menjaga makan pakainya. Aku juga kagumi wanita itu. Sungguh tabah dia menghadapi dugaan Tuhan kali ini.

Kali terakhir aku melihatnya, sewaktu dia masih di hospital. Aku lihat dia semakin sembuh. Lapang dadaku melihat keadaanya kerana tidak lama lagi aku akan berangkat ke utara. Melanjutkan pelajaran di sana.

Hari yang di tunggu telah tiba. Aku akan berangkat ke sana. Tetapi aku disuruh pulang kerana aku dijangkiti ciken pox. Aku pulang semula ke rumahku. 

Semasa aku sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah, aku dikejutkan oleh ibuku. Dalam keadaan bingung, aku mendapat khabar berita bahawa lelaki itu telah nazak.

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampungku, kami mendapat berita bahawa dia telah tiada. Tuhan lebih sayangkannya. Aku tidak tahu harus berbuat apa. aku masih bingung. Seperti dalam mimpi.

Setibanya di kampung, aku lihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu. Ternyata, aku tidak bermimpi. Lelaki itu telah pergi meninggalkan kami. Lelaki yang aku sanjungi, yang aku sayangi telah pergi selamanya. Hanya sekujur tubuh kaku sahaja yang tinggal.

Rupanya, di akhir hayatnya, dia menyebut akan aku. Dia berkata bila lagi dia akan dapat berjumpa dengan aku. Aku TERKESIMA. Aku terkilan kerana aku tidak dapat mengucupnya kerana keadaan aku ketika itu tidak mengizinkan aku mendekatinya. Aku hanya mampu melihatnya dari jauh ketika orang ramai mahu membawanya ke tanah perkuburan.

Kini telah 2 tahun pemergiannya. Tetapi aku sentiasa merasakan yang dia selalu ada bersama-sama dengan aku. Kadang-kadang dia hadir dalam mimpiku, tanpa kata, tanpa bicara. Aku sedih bila mengingatinya. Aku jadi sebak. Kadangkala aku nangis terus. Aku benar-benar merinduinya. Aku rindu mahu mencium tangannya. Aku rindu mahu bergurau dengannya. Aku rindu dia memanggilku dengan nama penuhku.

Jika dia masih ada, aku mahu dia ada semasa aku konvokesyen nanti. Aku mahu dia melihat aku berkahwin nanti. Aku juga mahu dia melihat aku punya keluarga. Tetapi, itu semua mustahil kerana dia telah meninggalkan aku selamanya. Alfatihah.


Alfatihah buat datukku tersayang Ahmad Bin Taib..

Monday 25 October 2010

. GASTRIK ! .



Aku lihat jam . Berapa lama lagi aku boleh menahan kesakitan ini. Rupa aku lebih teruk daripada orang di atas. Sungguh aku tak tipu. Aku tidak pernah mengambil sebarang ubat untuk menahan kesakitan GASTRIK ini. Sudah lama benar aku menanggungnya.

Aku lihat jam lagi. Setengah jam lagi rehat. Aku harus bersabar. Apakah dinding perutku mulai tipis ya? sehinggakan aku tidak mampu lagi menahan kesakitan ini.

Apa yang aku tahu, gastrik juga ada peringkatnya. Jika sudah tahap terakhir, pesakit boleh masuk hospital. Argh ! kecut aku. Contoh paling dekat pensyarah di poli ku Cik Ida. Akibat gastrik, dia akhirnya berhenti mengajar di poli kerana terlalu kerap cuti dan sering sakit.

Setelah makan, berkurang sakitnya. Tapi setelah jam menunjukkan 4 petang, haruskah sakit itu datang kembali???? PARAH ! benar-benar menyucuk ulu hati ku. Seperti susah bernafas aku dibuatnya.

Alternatif aku cuma satu. MINYAK ANGIN. Aku sapu saja pada daerah yang sakit. Mahu makan ubat? aku risau juga. Takut kalau-kalau aku akhirnya bergantung pada ubat. Aku mampu bertahan saja sekarang ini. Tapi sampai bila aku mampu bertahan ?

Mungkin satu hari nanti aku pasti mengalah. Pasti aku mencari ubat itu. Juga pasti aku akan bergantung padanya. Pemakanan aku juga tidak boleh sembarangan. Tidak boleh makan pedas, berminyak , macam orang pantang bersalin ya ?

Tapi semua itu aku tidak peduli. Aku makan saja mengikut selera. Nah, rasakan sekarang, aku masih sakit lagi walaupun tadi aku baru selesai makan. Hadapi saja dengan senyuman. :)

Saturday 23 October 2010

. GADIS .


Gadis bangun tidur seperti biasa pada hari itu. Lemah langkahnya menuju ke bilik mandi kerana dia masih ingin bermalas-malasan di atas katil. Apa boleh buat, dia harus ke tempat kerja. "Kalaulah aku orang senang , tentu tidak perlu bersusah-susah begini " , bebelnya di dalam hati.



Setelah siap mandi, dia menuju ke bilik untuk bersiap memakai uniform kerja. Setelah itu dia menyalam ibunya sebelum menunggu rakannya sampai menjemputnya untuk ke tempat kerja. Gadis tidak mampu memiliki kenderaan sendiri. Dia baru sahaja kerja, mana bisa membeli  kereta. Mujur ketika temuduga kelmarin, dia terserempak dengan Ika. Ika merupakan rakan ketika di sekolah dahulu. Mereka berkawan dan menjadi akrab.



Sejak akhir-akhir ini gadis selalu sakit. Dia kelihatan pucat. Tapi dia tidak merasakan perubahan pada dirinya. Apa yang diketahuinya cuma badannya sedikit susut. Itu tidak menjadi soal yang besar kerana gadis tidak mempunyai struktur badan yang begitu besar. Dia kurus orangnya , tinggi 157cm dengan berat cuma 40kg. Gadis melakukan aktiviti hariannya seperti biasa. Dia masih boleh tersenyum.


Suatu hari, gadis telah bertengkar dengan ibunya. Dia bukan sengaja mahu membantah kata-kata ibunya kerana dia  tidak sehat. Mungkin kerana gadis selalu membuat hal dengan ibunya, dia dimarahi sehingga ibunya tergamak mengatakan jika gadis mahu makan di rumah itu, dia harus membayar, pakaiannya haruslah dibasuh sendiri. Ibaratnya gadis harus berdikari bagaimana harus mencari makanan sendiri. Bukan sekali dua perkataan seumpama itu yang diterima oleh gadis. Lebih daripada itu juga pernah. Kadang-kadang terdetik di hatinya adakah dia cuma anak angkat? kenapa adiknya Mawar lebih disayangi oleh ibu bapannya ?


"kenapa ibu sanggup berkata begitu? " , detik hatinya . Bagaimana dia mahu menempuh hidupnya? nampaknya dia harus mengikat perutnya. Kalau begitu sudah kata ibunya, dia sememangnya tidak dialu-alukan di rumah ini. " Ibu, satu saat nanti anakmu akan pergi meninggalkanmu , ibu tidak perlu risau aku tidak akan menyusahkan ibu dan ayah. Jika aku sakit sekalipun, aku tidak mahu ibu dan ayah tahu. Aku tidak mahu menyusahkan kalian. Sedari kecil kalian cuma memberi perhatian kepada adikku sahaja. Ya, aku hanya membawa diriku sendiri sehingga aku merasakan kehidupan ini kosong. Tidak mengapa ibu, seandainya aku pergi nanti , kau halalkan segala makan minumku , air susu mu , segalanya. Aku menghargai semua itu. Aku anak yang kamu tidak harapkan, bagi kalian aku hanya menyusahkan kalian. Aku anak yang degil, tidak mendengar nasihat. Tapi aku juga punya hati. Kata-kata ibu itu cukup menikam hatiku." , Ya tuhan , jauh aku mengelamun. Rupanya hari sudah lewat petang. Gadis harus pulang.


Setibanya di rumah, gadis lihat keluarganya sedang menjamu selera. Dia hanya mampu melihat keakraban mereka. Gadis menuju terus ke biliknya tanpa menoleh ke arah mereka. Dia menangis di dalam hati. Dia benar-benar tersentuh. Hati perempuannya merintih sedih. Dia seperti orang asing di rumah itu. "Ibu dan ayah , seandainya aku ini masih lagi setitis air mani atau aku masih belum menjadi seketul darah, aku tidak mahu dilahirkan di dunia ini. " , sedunya sambil menangis.



Gadis hanya mampu berlapar sahaja pada malam itu. Sampai bilakah kesengsaraan kehidupan gadis? hanya tuhan yang mengetahuinya. Gadis masih meneruskan hari-harinya seperti biasa dan mengharapkan sinar bahagia datang menerangi kehidupannya. "Aku akan dapat kebahagiaan itu" , katanya di dalam hati.


Sekian.....

[ Cerita ini hasil nukilan aku yang sedang bosan . Tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia ]

Wednesday 13 October 2010

. jenuh aku .

bagaimana ya ? mahu bicara dan mulakan daripada mana . . minggu ini minggu kejatuhan aq . . WTF . . aq tak peduli ! biar aq berkasar kali ni . . masakan hidup aq begini . . ku seluk poketku . . cume tinggal sebanyak ini wangku . . cukupkah ? ya pasti cukup . . aq harus berjimat . . tgh hari tadi aq mkn cuma RM1.70 . . PELIK ? ya aq pon pelik . . nasi dengan ayam cuma itu harganya . . mungkin mak cik itu juga tahu aq lagi SENGKEK . . miskin benar aq sekarang . . benarlah tanpa wang bisa huru hara hidup .

argh ! mahu saja aq hamburkan kata2 kesat ke mereka yang sepatutnya bertanggungjawab melambat2kan kerja menguruskan elaun aq . . tidak tahukah mereka aq lagi kusut memikirkan semua ini ? sudahlah bulan ini elaun aq tinggal sedikit , makin dilambatkan pula . . bukan aq tiada duit langsung , tp aq tak mahu korek wangku di dalam bank . .

STRESS bila memikirkan semua ini . . aq seperti mahu menjerit terpekik terlolong biar hilang segala tekanan ini . . hendak minta pada PARENTS aq sudah malas . . hutang lama masih belum bayar , masakan hendak pinjam lagi . . malu aja sudah punya wang sendiri masih mahu meminta2 . . tidak mengapa tabungan syiling ku masih ada . . guna sahaja . . ya , waktu miskin2 begini bisa digunakan . .

ARGH ! aq tension ! ! ! !

Tuesday 12 October 2010

♥ . baby i will be wait for you . ♥

I never felt nothing in the world like this before
Now I'm missing you and I'm wishing
You would come back through my door, ooh
Why did you have to go? You could've let me know
So now I'm all alone

Girl, you could have stayed but you wouldn't give me a chance
With you not around it's a little bit more than I can stand, ooh
And all my tears they keep running down my face
Why did you turn away?

So why does your pride make you run and hide
Are you that afraid of me?
But I know it's a lie what you keep inside
This is not how you want it to be

So baby, I will wait for you
'Cause I don?t know what else I can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby, I will wait for you
If you think I'm fine it just ain't true
I really need you in my life
No matter what I have to do, I'll wait for you

Been a long time since you called me
(How could you forget about me?)
You gotta be feeling crazy
How can you walk away, everything stays the same
I just can't do it baby

What will it take to make you come back?
Girl, I told you what it is and it just ain't like that
No, why can't you look at me? You're still in love with me
Don't leave me crying

Baby, why can't we just, just start over again?
Get it back to the way it was
If you give me a chance I can love you right
But you're telling me it won't be enough

So baby, I will wait for you
'Cause I don't know what else I can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby, I will wait for you
If you think I'm fine it just ain't true
I really need you in my life
No matter what I have to do, I'll wait for you

So why does your pride make you run and hide
Are you that afraid of me?
But I know it's a lie what you're keeping inside
That is not how you want it to be

Baby, I will wait for you
Baby, I will wait for you
If it's the last thing I do

Baby, I will wait for you
'Cause I don't know what else I can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby, I will wait for you
If you think I'm fine it just ain't true
I really need you in my life
No matter what I have to do, I'll wait for you

I'll be waiting


Monday 11 October 2010

. semalam yang hangat .

Sebelum engkau ke mari
Tiada resah
Tiada khuatir

Menjelang kemesraanku
Yang di rindu
Hanya syahdu

( korus )
Mengapa itu
Mahu jadi teman
Mahu jadi kekasih
Selamanya...oh...

Aku bukan lagi mainan dulu
Telah kucampakkan kau ke mana
Ke lautan hitam yang ku tahu
Pasti kita tak jumpa

Semalam
Itu semalam
Hari ini aku hidup
Dalam dunia yang aman
Kenangan
Kita lucutkan
Kita bakar sama-sama
Pengalaman hidup
Seksa....


Sunday 10 October 2010

. argh ! tolong . . harap2 minggu depan cikgu lain ! .

aq xtau . tp yg penting aq nak nangis . . waaaaaaaaaaaaaaa . . saat aq mengambil kad itu , aq lihat nama cikgu H . . aq seperti mau menjerit biar semua orang disitu dengar . . kalau perlu biar satu Pasir Gudang dengar . . aq tak peduli . . perlu ke ? cikgu yang garang dan tegas tu lagi yang ajar aq ?

aq hanya mampu menangis dalam hati jek . . tapi , setiap kali habis belajar aq tidak lupa mengucapkan terima kasih kepadanya . . lelaki itu ku anggarkan lebih tua daripada ayahku sendiri . . mungkin dalam 50 an . . melihatkan dirinya . . barangkali . . ini cuma anggaran sahaja . . aq tidak pernah berbual panjang dengannya . . senyum pun dy tidak pernah . . masakan hendak berbual . .

cikgu Z lak sibuk ajar orang lain . . huh malas nak tengok muka dy . . biarlah tadi dy bilang aq sombong . . huh . . kalau dilayan nanti , perasan pulak mamat tu . . ya . . aq mengharapkan agar minggu depan cikgu Z yang ajar aq . . bukan apa , dy tidak lah garang seperti cikgu H . .

semangatku seperti luntur . . ya Tuhan . . kau permudahkanlah segala urusanku . . kau kuatkanlah semangatku . . anggap sahaja itu cuma satu dugaan untuk kau berjaya . . ya ! aq tidak boleh lemah . . aq harus kuat . . !! aq pasti boleh . . kalau orang lain boleh , masakan aq tidak boleh melakukannya ? ya aq pasti boleh . . insyaallah . . amin . . :D

Saturday 9 October 2010

. SYUKUR terbaik dari ONE .

Syukur [Kau Yang Satu] - One Nation Emcees Lirik

Ku bersyukur kepadaMu
Hanya dikau yang Satu
Memberiku cahaya hidupku
Maha esa
Gelap tanpa kasihMu
Perjalananku buntu
Ampuni segala dosa dosaku

Aku terpaku melihat kebesaranMu
Aku bersyukur segala rezeki untukku
Dan juga bila kau dalam fikiranku
Aku tunduk membisu
Terus sujud padaMu
Mari kita renungi segala apa terjadi
Mana perginya Cinta?
Mana hilangnya setia?
Aku akan terus cekalkan hati ini
Dari terbit sehingga terbenamnya mentari

Dunia sementara kan dihitung juga
Sebelum terlambat tunaikan kewajipan kita
Tak guna airmata menitik bila tiba masa
Syurga atau neraka itulah jawapannya
Aku lelaki lengkap dengan anggota
Berfikir setiap masa, fikir tentang keluarga
Lindungilah aku dari fitnah dan noda
Kau tempatku meminta
Kau beri ku bahagia

Chorus

Ku hirup secukup udara
Hatiku buka, termenung
Melihat jalan gelap lagi mendung
Kadangkala ku bertanya
Kemana cahaya?
Mana nak ku cari sedikit kudrat dan keramat?
Yang penuh rahmat?
Berjuta juta kali dunia mempermainkanku
Hatu menurut nafsu, nafsu menipu aku
Tapi ku bersyukur pada yang maha esa
Dapatlah pena menari meluah kata kata

Ku meredhai apa telah terjadi
Tunjukkanlah jalan benar, ampunilah dosaku..

Chorus

Aku tafakur di hadapanmu
Berderai derai airmataku gugur
Tidak tertanggung
Peperangan emosi ini takkan terhenti
Selagi dosa lama masih aku bebani
Moga aku disirami salju kasih illahi
Semoga malamku tak bertemankan mimpi ngeri
Berikanku secebis kekuatan, kebahagiaan
Hati ini moga engkau terangkan

Chorus

Oh Tuhan yang Satu
Ku serahkan diriku
Hanya kepadaMu
Hanya mampu berserah kepadaMu

Ampuni segala dosa dosaku


Friday 8 October 2010

. jangan bilang tidak versi PSP .

. kenapa ar .

aq rasa mcm nak marah orang . . aq tak tahu kenapa dan apa sebabnya . . aq rasa mcm nak menjerit biar satu dunia tahu yang aq tengah tertekan sangat-sangat . . aq rasa macam nak tidur dan tak nak bangun lagi . . apa nak jadi , jadi lah . . aq dah tak nak ambil tahu lagi pasal dunia ni . .

kepala aq sakit , hati sakit , system badan aq pon turut sakit . . aq letih dengan semua ni . . letih dengan hidup sendiri . . kadang2 seperti putus asa dengan apa yang berlaku . . jiwa aq kosong . . dalam hat ini tak ada kegembiraan . . senyuman ni pun terasa kelat .. pasti sangat pelik . . argh  tertekan . . rasa macam nak hantuk kepala kat dinding dan hilangkan semua memori dalam kepala ni . . kepala aq sakit ! ! !

Thursday 7 October 2010

. raya 2010 .

salam . esok 29 syawal 1431 . . berakhirnya syawal tahun ini  . . mudahan saja aq bisa menyambut syawal akan datang . . semoga tuhan mengizinkan . . amin . . tidak banyak yang ingin dibicarakan . . raya kali ini tidak sama seperti raya dahulu . . sewaktu aq masih kecil , masih kanak-kanak . . memang meriah . . lagi pula , sudah 2 tahun pemergian arwah datukku AHMAD BIN TAIB . . semoga rohnya dicucuri rahmat . . insyaallah . .

ya , sepertinya . . raya kali ini aq sambut ala kadar sahaja . . hehe . . walaupun baju rayaku 4 pasang . . waaahhhh . . 3 pasang pemberian nenekku . . :)) tahun ini kami sekeluarga beraya di Kulai . . raya tahun ini juga aq berkesempatan beraya bersama-sama rakanku ketika sekolah dahulu . . bermacam cerita kami kongsikan . . ada yang sudah bekerja , ada yang masih belajar sama seperti aq . .

dua hari berturut aq beraya . . pulangnya sekitar jam 1 pagi . . beraya sakan aq kali ini . . hari pertama aq beraya bersama nana , maya dan juga nani . . farahin  tidak dapat ikut serta kerana beraya bersama keluarganya . .

keesokan harinya aq beraya pula bersama rakan sekelasku ketika di sekolah menengah . . Sekolah Menengah Kebangsaan pasir Gudang 3 . . kebanyakan mereka merupakan rakan sekelasku iaitu kelas 5SN2 . .   :))

. kata-kata itu sungguh menyentuh perasaan .

"bubu rase makin jauh dgn syg , yela pasni bubu naik kl , pastu penang . . "


"ala . . bubu jgn la ckp mcm tu . . ", kataku perlahan . sebenarnya air mataku dah mulai bertakung di sekitar mataku . . menunggu masa untuk tumpah . . tapi kutahan . . dy bukan pergi untuk bersuka ria . .



" i love u , i miss u " . . katanya sebelum mematikan talian . . waaaaa . . aq seperti mahu menangis . . kalaulah aq punya kuasa . . aq ingin terus pergi kepadanya . . kenapalah aq jauh daripada dy , sedangkan dulu aq dekat dengan dy . . saban hari aq melihat mukanya , tawanya , renungannya . . tapi sekarang aq tidak dapat melihat semua itu . . aduh . . kenapa berat ujian kali ini Tuhan . . .

aq sudah temui insan yang ku cari selama ini . . tapi dugaan ini hebat juga . . mana bisa aq berjauhan begini . . aq akui sejak akhir2 ini kami agak dingin . . aq seperti malas mahu melayannya . . argh! asik tido jek . . boring la . . tapi perlahan-lahan aq berfikir sendiri , aq sudah lama kenalinya , masakan aq tidak boleh memahaminya ? sedangkan dy sabar melayan kerenah aq . . perlahan aq pujuk hatiku agar tidak terus terbawa-bawa dengan perasaan sendiri . . ya , ini cuma dugaan buatku . .

kalau bercinta tidak boleh melalui dugaan begini , bagaimana kahwin nanti ? wah jauh fikiranku sehingga sejauh perkahwinan . . ya , mudah-mudahan saja dy jodohku . . amin . . . selagi hati ni milik dy , aq tetap mencintainya sepenuh hatiku . . mudahan saja hati ini tidak berubah . . ya Tuhan , kuatkan hatiku , fikiranku agar tetap menjaga hubungan ini , kesetiaan ini . . amin . .

. gara-gara asam pedas .

asam pedas . dengar namanya sudah pasti membuat ramai orang yang menggemari makanan ini terliur . . merupakan makanan kegemaran aq . . masakan melayu negeri Johor ini sangat terkenal . . sekiranya aq berada di Penang , pasti aq akan merindukan masakan ini . .

semalam , setelah pulang daripada kerja , aq terus mencapai pinggan dan menceduk nasi . . alangkah gembira bila melihat lauk kegemaranku asam pedas . . nyum2 . . tanpa berlengah aq makan sambil menonton televisyen . . kuahnya sudah pasti aq hirup sehingga kering . .

seperti yang ku jangka , pagi ini aq mengalami sakit perut yang amat . . hehe . . aq mencapai ubat cirit birit yang ibuku beli di farmasi lantas memakannya . . sebagai persediaan sekiranya aq mengalami di tempat kerja pula . . pasti gawat sekiranya aq cirit birit di tempat kerja . .  hehe . . kerana makanan kegemaranku , aq perlu menghadapi sebarang risiko yang mendatang . . memang menjadi lumrahku , kuah asam pedas akan ku hirup sehingga licin . . ni lah penangan asam pedas . .


. nyum2 . delicious .

Wednesday 6 October 2010

. 4 in the morning .

Wakin' up to find another day
The moon got lost again last night
But now the sun has finally had its say
I guess I feel alright

But it hurts when I think
When I let it sink in, it?s all over me
I'm lyin' here in the dark
I'm watchin' you sleep, it hurts a lot

And all I know is
You've got to give me everything
Nothing less 'cause
You know I give you all of me

I give you everything that I am
I?m handin? over everything that I?ve got
'Cause I wanna have a really true love
Don?t ever wanna have to go and give you up

Stay up till four in the mornin' and the tears are pourin'
And I want to make it worth the fight
What have we been doin' for all this time?
Baby, if we?re gonna do it, come on do it right

All I wanted was to know I?m safe
Don?t want to lose the love I?ve found
Remember when you said that you would change
Don?t let me down

It?s not fair how you are
I can?t be complete, can you give me more?

And all I know is
You?ve got to give me everything
Nothing less 'cause
You know I give you all of me

I give you everything that I am
I?m handin' over everything that I?ve got
'Cause I wanna have a really true love
Don?t ever wanna have to go and give you up

Stay up till four in the mornin' and the tears are pourin'
And I want to make it worth the fight
What have we been doin' for all this time?
Baby if we?re gonna do it, come on do it right

Oh please, you know what I need
Save all your love up for me
We can?t escape the love
Give me everything that you have

And all I know is
You?ve got to give me everything
Nothing less 'cause
You know I give you all of me

I give you everything that I am
I?m handin' over everything that I?ve got
'Cause I wanna have a really true love
Don?t ever wanna have to go and give you up

Stay up till four in the mornin' and the tears are pourin'
And I want to make it worth the fight
What have we been doin' for all this time?
Baby if we?re gonna do it, come on do it right

Give you all of me
Give you everything
Give you all of me


. 6 minggu lagi .

aq tgh menghitung hari . . hmm . . lambatnyer nak masuk bln 11 . . xsabar nak abes praktikal . . nak balik penang . . yewwhhooooo . . bermakna lepas ni aq berjauhan semula dengan family aq . . haii . . kalau la aq ade kuasa mempercepatkan masa . . bukan aq xsuka praktikal , tapi aq bosan kat sini . . kawan-kawan takde , bf jauh . . aq terperap jek kat umah . . alahai bosannyer hidup ni . . :((

Tuesday 5 October 2010

. ouh char kuey teow .

char kuey teow . . dah lama aq nk mkn sbnrnyer . . dpd mula cuti sem lagi . . nampaknyer terpaksa tunggu sampai abes praktikal nanti . . . bermakna , SEM 5 nt . . ! ! ! alamak lamenyer . . tak mengapa . . kata orang sabar je lah . . mungkin dengan melihat gambar boleh hilang kempunan barangkali . .



. hidup ini .

kadang-kadang . .
aq rasakan hidup ini kosong . . sepi . . .
sahabat ? aq punya . . kekasih ? juga punya . . .
tapi entah kenapa . . hati ini masih kosong . . .


kadang-kadang . .
aq ingin bercerita . . berkongsi . . suka , duka . .
tp entah mengapa , aq sepi . . seperti tiada punya siapa2 di dunia ini . .
padahal aq punya sahabat , kekasih juga keluarga . .

kenapa ?
aq sendiri masih mencari jawapan itu . .
aq sepi . . jiwa ini kosong . .
aq mengharapkan suatu masa , aq bahagia dalam hidup ini . .
aq masih mencari . . dan akan mencari bahagian hati yang kosong ini . .