.:: followers ::.

Saturday, 23 October 2010

. GADIS .


Gadis bangun tidur seperti biasa pada hari itu. Lemah langkahnya menuju ke bilik mandi kerana dia masih ingin bermalas-malasan di atas katil. Apa boleh buat, dia harus ke tempat kerja. "Kalaulah aku orang senang , tentu tidak perlu bersusah-susah begini " , bebelnya di dalam hati.



Setelah siap mandi, dia menuju ke bilik untuk bersiap memakai uniform kerja. Setelah itu dia menyalam ibunya sebelum menunggu rakannya sampai menjemputnya untuk ke tempat kerja. Gadis tidak mampu memiliki kenderaan sendiri. Dia baru sahaja kerja, mana bisa membeli  kereta. Mujur ketika temuduga kelmarin, dia terserempak dengan Ika. Ika merupakan rakan ketika di sekolah dahulu. Mereka berkawan dan menjadi akrab.



Sejak akhir-akhir ini gadis selalu sakit. Dia kelihatan pucat. Tapi dia tidak merasakan perubahan pada dirinya. Apa yang diketahuinya cuma badannya sedikit susut. Itu tidak menjadi soal yang besar kerana gadis tidak mempunyai struktur badan yang begitu besar. Dia kurus orangnya , tinggi 157cm dengan berat cuma 40kg. Gadis melakukan aktiviti hariannya seperti biasa. Dia masih boleh tersenyum.


Suatu hari, gadis telah bertengkar dengan ibunya. Dia bukan sengaja mahu membantah kata-kata ibunya kerana dia  tidak sehat. Mungkin kerana gadis selalu membuat hal dengan ibunya, dia dimarahi sehingga ibunya tergamak mengatakan jika gadis mahu makan di rumah itu, dia harus membayar, pakaiannya haruslah dibasuh sendiri. Ibaratnya gadis harus berdikari bagaimana harus mencari makanan sendiri. Bukan sekali dua perkataan seumpama itu yang diterima oleh gadis. Lebih daripada itu juga pernah. Kadang-kadang terdetik di hatinya adakah dia cuma anak angkat? kenapa adiknya Mawar lebih disayangi oleh ibu bapannya ?


"kenapa ibu sanggup berkata begitu? " , detik hatinya . Bagaimana dia mahu menempuh hidupnya? nampaknya dia harus mengikat perutnya. Kalau begitu sudah kata ibunya, dia sememangnya tidak dialu-alukan di rumah ini. " Ibu, satu saat nanti anakmu akan pergi meninggalkanmu , ibu tidak perlu risau aku tidak akan menyusahkan ibu dan ayah. Jika aku sakit sekalipun, aku tidak mahu ibu dan ayah tahu. Aku tidak mahu menyusahkan kalian. Sedari kecil kalian cuma memberi perhatian kepada adikku sahaja. Ya, aku hanya membawa diriku sendiri sehingga aku merasakan kehidupan ini kosong. Tidak mengapa ibu, seandainya aku pergi nanti , kau halalkan segala makan minumku , air susu mu , segalanya. Aku menghargai semua itu. Aku anak yang kamu tidak harapkan, bagi kalian aku hanya menyusahkan kalian. Aku anak yang degil, tidak mendengar nasihat. Tapi aku juga punya hati. Kata-kata ibu itu cukup menikam hatiku." , Ya tuhan , jauh aku mengelamun. Rupanya hari sudah lewat petang. Gadis harus pulang.


Setibanya di rumah, gadis lihat keluarganya sedang menjamu selera. Dia hanya mampu melihat keakraban mereka. Gadis menuju terus ke biliknya tanpa menoleh ke arah mereka. Dia menangis di dalam hati. Dia benar-benar tersentuh. Hati perempuannya merintih sedih. Dia seperti orang asing di rumah itu. "Ibu dan ayah , seandainya aku ini masih lagi setitis air mani atau aku masih belum menjadi seketul darah, aku tidak mahu dilahirkan di dunia ini. " , sedunya sambil menangis.



Gadis hanya mampu berlapar sahaja pada malam itu. Sampai bilakah kesengsaraan kehidupan gadis? hanya tuhan yang mengetahuinya. Gadis masih meneruskan hari-harinya seperti biasa dan mengharapkan sinar bahagia datang menerangi kehidupannya. "Aku akan dapat kebahagiaan itu" , katanya di dalam hati.


Sekian.....

[ Cerita ini hasil nukilan aku yang sedang bosan . Tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia ]

No comments: