Sedih. Aku tak tau knp aku sedih.. Aku keliru dengan perasaan sendiri.. Kenapa mesti aku merasai semua ini? kenapa mesti aku mengalami ini.. Aku tak suka!!! Cinta itu memang membunuh aku.. Benar, masa orang itu bersama kita, kita tidak rasa apa2.. Tapi bila dia mula jauh atau pergi daripada kita, baru kita rasa kehilangan yang amat.. Sakit! memang sakit ! sangat dalam... Segala kenangan bermain dalam fikiran..
Saat kau kucup tangan aku, dan aku melafazkan selamat tinggal, dan ketika aku pergi meninggalkan kamu, aku terasa pilu.. Sangat pilu... Ingin aku jerit pada dunia, biar satu dunia tau bahawa aku dalam dilema.. Kenapa mesti aku mengalami semua ini? Kenapa?
Kenapa aku harus menangis.. Air mata aku turun macam hujan.. Aku rasa kehilangan... Padahal baru sahaja tadi kami bersama... Bergelak ketawa, makan bersama... Saat aku mencoret semua ini, air mata ini masih belum mahu berhenti... Aku benci, berhentilah ! Aku bukan cengeng .. Aku kuat !
Sayang, seandainya suatu saat nanti memang tertulis jodoh itu milik kita berdua, aku menerima kamu dengan hati terbuka.. Seluas pintu aku buka menunggu kehadiran kamu.. Tetapi, jika cinta kita cuma sejarah, jadikanlah kenangan itu memori terindah di dalam ingatanmu...Kerana cinta itu tidak semestinya bersatu....