Tadi aku sempat berbual dengan pensyarahku di ym ( yahoo messenger ) hehe. Pasti dia perasan akan status aku tiap-tiap hari mengalami sakit perut. Dia menyarankan agar aku ke hospital. What? Dengar perkataan itu aku sudah kecut, inikan pula mahu ke sana membuat pemeriksaan lagi. Ish takut aku !
Hampir sahaja mahu tersembul mata aku melihat apa yang diberitahu pensyarahku. Kanser? aku tidak mahu. Katanya aku harus ke hospital, ambil ubat.
Tengok, aku masih menyebut takut nak ke hospital. Tapi aku pasti akan pegi juga nanti. Aku akan ambil ubat, bukan untuk siapapun, untuk aku juga. Aku masih mahu hidup, mahu lihat dunia ini. Masih terlalu awal untuk aku pergi daripada dunia ini. Bekalanku untuk ke akhirat sana masih belum cukup.
Ya, aku akan pergi buat pemeriksaan. Bila? di mana? dan bagaimana? biar aku sahaja yang tahu.
- Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
- Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
- Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
- Sakit perut.
- Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
- Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.
No comments:
Post a Comment