.:: followers ::.

Wednesday, 22 June 2011

:: 7 Perkara Dilarang Selepas Makan ::

1. Jangan merokok:
Kajian daripada pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. (Meningkatkan risiko menghadapi kanser)

2. Jangan terus makan buah-buahan:
Memakan buah-buahan sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyebabkan perut anda dipenuhi dengan udara (kembung). Oleh itu, makan buah-buahan 1-2 jam selepas anda makan atau 1 jam sebelum anda makan.

3. Jangan minum teh:
Ini disebabkan daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ini menyebabkan protein di dalam makanan yang anda makan menjadi keras dah sukar dicerna.

4. Jangan longgarkan tali pinggang anda:
Melonggarkan tali pinggang anda selepas makan akan menyebabkan usus anda tersumbat atau terbelit dengan mudah.

5. Jangan terus mandi:
Mandi akan menyebabkan peningkatan dalam pengaliran darah ke bahagian tangan, kaki atau bahagian lain di tubuh anda. Tetapi pengaliran darah ke bahagian perut pula berkurangan. Ini menyukarkan proses pencernaan yang sempurna.

6. Jangan berjalan-jalan:
Berjalan-jalan dengan banyak sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyukarkan system pencernaan anda menyerap nutrisi daripada makanan yang telah anda telan.

7. Jangan terus tidur:
Tidur akan menyebabkan gangguan terhadap sistem pencernaan dan penghadaman anda. Ini akan membawa kepada masalah gastric dan jangkitan kepada usus anda.
p/s : sedar tak sedar ada kita mesti ambil langkah berjaga-jaga. Bak kata pepatah , menghindar lebih baik daripada mengubati. (^-^)

3 comments:

a pis of art said...

adoi.. nape dr 1 btg rokok leh jd 10btg lak?

miszzyumiew said...

so jgn lah terus merokok lepas makan

" J " said...

macam biasa buat je sume tu..
tp bukan yg num 1 tu..