.:: followers ::.

Sunday, 22 May 2011

.:: ohhh manusia ::.

" mengapa selalu aku yang mengalah....
tak pernah kah kau berfikir sedikit tentang hatiku..."

ayat di atas bukan untuk siapa2...cuma berkenaan dengan hati..

mengalah? apa ade dengan mengalah? kalah ke kalau kita mengalah?

ade faedah ke kalau kita mengalah?

untuk apa mengalah?

garu-garu kepala....

aku adalah orang yang penuh dengan sifat marah, degil, keras kepala...tapi kenapa kadang2 aku mengalah dengan individu2 yang kurang ajar dengan aku?

kenapa aku tak balas balik? kenapa ! ! !

bukan aku takut...tah..mungkin aku ada sifat  suci, murni mengalah...*cittt

takpelah, biar orang buat aku, nanti Tuhan balas kan3?

KEBAIKAN mengalah.....

1. Menjaga hubungan baik ..mungkin kadang2 mengalah itu dapat menyelamatkan hubungan sahabat, keluarga malahan dalam bercinta pon perlu sikap tolak ansur atau mengalah..jika masing2 berkeras untuk menang dan tak mahu mengalah, pasti sesuatu hubungan baik itu akan bertukar menjadi teruk..

2. Menjadikan kita insan yang kuat...tak pecaya? cube buat...hahahaa..betul, kalau kita banyak mengalah apa jua halangan atau masalah kita hadapi dengan relaks je..kih2

3. Memupuk sifat sabar dalam diri...tarik nafas dalam2..kemudian hembus..teknik ni memang berjaya untuk orang macam aku...sekarang aku kurang marah2 sangat..tapi kadang2 tu ade la jugak..hak3


KEBURUKAN mengalah...

1. Menyimpan dendam dalam diri...hey, tak semua orang yang mengalah ni akan diam je tau..mungkin mereka akan pasang impian untuk balas dendam balik...*kecuali aku..ye ke? haha

2. Menjadikan hubungan hambar...yelah, kalau selalu sangat mengalah, confirm lah yang mengalah tu dah bosan asyik kena mengalah jek......hakk tuuiihhh

3. Bermusuh..last sekali memang confirm la kita tak suka dengan orang yang jenis tak nak mengalah ni..kita jek nak mengalah, amboii pijak kepala pulak ye? memang jadi musuh la....kui2


apa yang aku cuba sampaikan, kadang2 aku rasa aku begitu plastik..kerana tak bersuara..berpura-pura suka, padahal aku tak suka...berpura-pura minat walaupun tak...aku cuma boleh bersabar je..sabar je lah berbakul-bakul...

dah puas merapu dah ni..sebenarnyer aku ada assignment nak kena buat...cuti tiga hari kerja makan tidur je..esok nak submit hari ni baru nak ketar-ketar menaip kan? sempat curi2 masa menaip untuk entry..lebih baik bercerita kat sini daripada bercerita dengan manusia yang macam patung..erkk...

ehem-ehem : semua di atas adalah berkenaan dengan aku.. aku jek ! paham ?

4 comments:

Unknown said...

Following... follow balik ya... ^_^

miszzyumiew said...

baiklah encik fauzan :)

hyazz said...

mengalah bukan pengecut kan..kan.. bagusss tu yunk... tapi sekali sekala kena gak bagi...jgn sek mengalah jer yunk

miszzyumiew said...

mmg btol . . tapi disebabkan malas nak besar2kan , sebab tu banyak diam jek . . sebab individu tu mmg susah nak mengalah , so lebih baik sy yg mengalah . .