.:: followers ::.

Tuesday, 31 May 2011

.:: jiran baru ::.

selamat malam.

esok ade test..sempat lagi nak bercerita ni...alah, kejap jek..hehe..

semalam aku punya la struggle gila study, tido pukul 5 pagi bangun balik pukul 9 pagi bergegas cari buku nak flashback, tapi...............

bila aku dah pegi kelas......tunggu punya tunggu lecturer tak sampai2...dekat satu jam tunggu ni tau! *baik kan3? (kalau student lain, confirm dah cabutt balik rumah)

lastly, dapat jugak contact lecturer tu...tau tak ape dia cakap?

"lah saya lupa hari ni ada kelas........"......... *sabor je lahhhhhhh

hah ! berbalik pada tajuk entry aku....

sebelah rumah aku ni, memang dah lama kosong...daripada aku mula2 masuk rumah ni lagi...bayangkan, rumah yang aku masuk ni mase tu 8 bulan kosong..sekarang aku duduk rumah ni dah 2 tahun lebih..korang kira la berapa lama rumah sebelah tu kosong? hik2..agak bertahun jugak la kan............

TAPI ! eh..ni bukan pasal cerita seram la...hahahaa...semenjak dua menjak ni dah ada makhluk orang tinggal..bermakna aku dah dapat jiran baru ! hehee...tapi, kami tak pernah berbual lagi...aku cuma intai2 dari tirai kamar tingkap dapur jek...tapi aku rasa student Uitm..eh, aku tau la...daripada hobi aku mengintai tu...

nanti bila ada kelapangan, aku mesti ade tegur2 jugak kan? takkan taknak bertegur sapa pulak...jiran baru tu perempuan jugak...kalau lelaki , takkan aku nak pegi tegur....

p/s : jiran depan umah aku ni ingat aku nak ngurat laki dia ke ape ? please lahhh !

Thursday, 26 May 2011

.:: KARAK ::.


aku dah tengok cerita ni...pantas kan? hari ni baru tayang..hahahhaa..kerja gila kan? aku rancang nak pegi esok, tapi bile deal dengan classmate, mereka setuju arini..so ikot jek la kan...lagipun aku dah lama tunggu cerita ni..

apa aku boleh komen pasal cerita ni, bolehlah...seram jugak..aku cover takut dengan rambut..kih2..

tapi cerita ni banyak mengisahkan mengenai watak-watak cerita ni...sangkaan aku yang movie ni akan menceritakan kesemua  kisah seram mengenai lebuhraya karak meleset !



aku tunggu gak, lepas kisah wolkswagen kuning tanpa pemandu, aku tunggu kisah seram mengenai lebuhraya karak, tapi lepas mereka eksiden..mereka tersesat di kampung orang asli...tapi sebenarnya bukan MEREKA berempat..*suspen tak ? hahaaahhaha...nasib baik ada encik SYAHIR yang hensem gila ! kih3

" cik....boleh bantu saya cik......"


kalau nak tahu lebih lanjut kena pegi tonton kat panggung la kan...nt KRU tak untung la kalau aku cerita detail..kih3...

movie tu movie jugak...tapi kalau dah kuar tu, ade jek barang yg aku beli..aisshhhhh...bankrupt la sape kawen dgn aku nanti....

sempat lagi beli benda2 ni..grrrrrrr abes duit aku

tapi memang rugi aku tak beli banyak sushi tu...argh.... !!!!!!!!

p/s : pompuan memang suka shopping...toink~ toink~

Monday, 23 May 2011

.:: arak , perempuan dan clubbing ::.

dulu kami satu kelas...

daripada sekolah lagi, dia memamg ade masalah...pelajar bermasalah...

tapi..sekarang makin bertambah-tambah masalah kot..

ehh..masa aku tengah on9 mukabuku, aku terpandang lah mamat ni punya profile picture...

ada gambar baru upload lagi...

aku pon klik la..mesti kena ambik tau ni..alah, dia yang add aku, bukan aku add dia...

then, aku bukak, aku godeh semua gambar dalam album tu...alahai..budak2 zaman sekarang...dahsyat2..kalau nak buat jahat, bersosial, minum arak, berclubbing, tak payah la upload gambar dalam facebook...

apa yang kau bangga sangat?

dengan botol arak bagai atas meja, cikaro pompuan mane tah kau berpesta tak ingat dunia..


jahat-jahat nakal-nakal aku pon, bersosial aku pon, aku takdelah sentuh arak tu..setitik kita minum, 40 hari amalan tak diterima..aku masih tahu bab-bab agama...sebab tu aku tak suka upload gambar banyak-banyak kat facebook..untuk apa? tontonan ramai? bangga-banggakan diri ? tak perlu rasanya..

bukan tujuan aku buat entry ni untuk malukan sesiapa..tapi untuk peringatan diri aku sendiri jugak..terpulang kau orang nak cakap ape..

Sunday, 22 May 2011

.:: ohhh manusia ::.

" mengapa selalu aku yang mengalah....
tak pernah kah kau berfikir sedikit tentang hatiku..."

ayat di atas bukan untuk siapa2...cuma berkenaan dengan hati..

mengalah? apa ade dengan mengalah? kalah ke kalau kita mengalah?

ade faedah ke kalau kita mengalah?

untuk apa mengalah?

garu-garu kepala....

aku adalah orang yang penuh dengan sifat marah, degil, keras kepala...tapi kenapa kadang2 aku mengalah dengan individu2 yang kurang ajar dengan aku?

kenapa aku tak balas balik? kenapa ! ! !

bukan aku takut...tah..mungkin aku ada sifat  suci, murni mengalah...*cittt

takpelah, biar orang buat aku, nanti Tuhan balas kan3?

KEBAIKAN mengalah.....

1. Menjaga hubungan baik ..mungkin kadang2 mengalah itu dapat menyelamatkan hubungan sahabat, keluarga malahan dalam bercinta pon perlu sikap tolak ansur atau mengalah..jika masing2 berkeras untuk menang dan tak mahu mengalah, pasti sesuatu hubungan baik itu akan bertukar menjadi teruk..

2. Menjadikan kita insan yang kuat...tak pecaya? cube buat...hahahaa..betul, kalau kita banyak mengalah apa jua halangan atau masalah kita hadapi dengan relaks je..kih2

3. Memupuk sifat sabar dalam diri...tarik nafas dalam2..kemudian hembus..teknik ni memang berjaya untuk orang macam aku...sekarang aku kurang marah2 sangat..tapi kadang2 tu ade la jugak..hak3


KEBURUKAN mengalah...

1. Menyimpan dendam dalam diri...hey, tak semua orang yang mengalah ni akan diam je tau..mungkin mereka akan pasang impian untuk balas dendam balik...*kecuali aku..ye ke? haha

2. Menjadikan hubungan hambar...yelah, kalau selalu sangat mengalah, confirm lah yang mengalah tu dah bosan asyik kena mengalah jek......hakk tuuiihhh

3. Bermusuh..last sekali memang confirm la kita tak suka dengan orang yang jenis tak nak mengalah ni..kita jek nak mengalah, amboii pijak kepala pulak ye? memang jadi musuh la....kui2


apa yang aku cuba sampaikan, kadang2 aku rasa aku begitu plastik..kerana tak bersuara..berpura-pura suka, padahal aku tak suka...berpura-pura minat walaupun tak...aku cuma boleh bersabar je..sabar je lah berbakul-bakul...

dah puas merapu dah ni..sebenarnyer aku ada assignment nak kena buat...cuti tiga hari kerja makan tidur je..esok nak submit hari ni baru nak ketar-ketar menaip kan? sempat curi2 masa menaip untuk entry..lebih baik bercerita kat sini daripada bercerita dengan manusia yang macam patung..erkk...

ehem-ehem : semua di atas adalah berkenaan dengan aku.. aku jek ! paham ?

Friday, 20 May 2011

.:: mengGIGIT ::.

selamat hari Jumaat kepada yang membaca.

akhirnya..selepas TIGA hari...TIGA tau ! bergelumang, bergaduh, bertepuk tampar...

aku dapat tidur LENA !

nikmatnyer...

semua gara-gara si encik nyamuk...

semalam aku memang tak boleh sabar dah...tengah2 malam aku pegi kedai  beli senjata untuk membunuh encik nyamuk ni...

peduli lah, badan aku dah penuh dengan kesan2 gigitan encik nyamuk...dah la aku jauh dengan family, kang tak pasal2 sakit ke, ape ke...sape yang susah nanti?

sebenarnyer memang nak pegi beli awal2 lagi...tapi memang payah berjanji dengan orang....

susah kan? aku ni mmg dah cukup baik layan kerenah orang, tapi takpelah, orang buat aku, Tuhan je balas..Takde hal lah..

dengan adanya encik ubat nyamuk, aku dapat tidur lena malam semalam...

terima kasih !

Thursday, 19 May 2011

.:: eh , mcam tu je ? ::.

pelik.aneh..cerita punya la banyak episod..last2 ending cerita ni hampeh?

takkan macam tu jek ending cter ni? teruk3..penat aku tunggu episod akhir cerita ni...

sejuta cinta marshanda  (gambar sumber dari google)





jalan cerita punya lah belit-belit, pusing sana, pusing sini, tapi last-last macam tu jek ? aiyakkk...

Erkkk...macam ni pun ade ke ?

.:: menCARI IDEA ::.

ok.serius..pikir..pikir....sem depan sem last...kena fikir untuk final project...

encik-encik, puan-puan, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik...nak buat ape untuk final project nanti?

sistem apakah? *garu-garu kepala

sistem pendaftaran? sistem bar code? sistem gaji? sistem apakah?

tuLung2...

sistem tu mesti connect dengan database...ahhh kusut2....

macam mana ni . . Seniorrrr please Help me !


Monday, 16 May 2011

.:: SELAMAT HARI GURU ::.

setiap 16 Mei adalah hari untuk meraikan semua guru-guru...tak kisah lah guru tadika ke, guru sekolah rendah ke, sekolah menengah ke..semua meraikan Hari Guru ini...tapi guru memandu pon sambut jugak ke ? guru menjahit ? Errkkk...asalkan namanya guru atau pendidik masih tetap sama kan3? *pandangan aku lah kan..

aku ade la wish kat cikgu2 sekolah aku dulu..kat lectrurer2...mmg tak boleh lupa masa pegi beraya ramai2 dengan exclassmate aku mase form 5..serang umah cikgu2...hope tahun ni ade la...hehe..

banyak pengalaman aku masa sekolah dulu..waktu sekolah lah paling best...serius mmg rindu zaman sekolah...kalau lah boleh masuk sekolah, jadi pelajar sekolah satu hari jek, aku nak sangat peluang tu...tapi mmg mustahil lah kan3?

hmmm SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu di Malaysia...*macam la semua org bukak blog kau kan..HAHA


Saturday, 14 May 2011

.:: HILANG ! ::.

hoh! kecoh2...Tipah, Milah, Jenab, Kak Ton, Seman semua kecoh..pasal tak boleh sign in Blogger...

bukan tu jek..lepas tunggu dekat satu hari, bila berjaya sign in...

jeng..jeng..jeng....

apa yang aku post semalam HILANG..

bukan entry jek takde..aku baru je letak Heartbeat, tukar background..semua kena buat balik...

haiihhh cakap semua benda takkan hilang...hampeh tul la depa ni noh..

pasai pa cakap utagha ni..HAHAH

aku nak kena pegi cari mane yang dah hilang tu balik...dush dush

Thursday, 12 May 2011

.:: NORA ELENA ::.

ola !

ok...skang ni dah jadi hobi aku lah kan setiap hari Isnin hingga Khamis menghadap tv3...

aku dah jadi penunggu setia Drama ni...menurut mber aku, citer ni diadaptasikan daripada novel..owh..patut la aku macam penah je kan tahu pasal citer ni...

dulu la kan..aku rajin jugak la mentelaah membaca novel ni kan...skang ni macam dah jarang-jarang je...semua pasal berFacebooking , berBlogging, berJogging...berjoging atas tilam tu btol..hahahhhaa

ok..berbalik pada Nora Elena tadi, drama ni diadaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci...




Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

pelakon utama ( sumber dari google )


Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3


Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

walaupon dah tahu jalan cerita, tapi still nak tengok jugak..sebab cite ni best ..  :)

Wednesday, 11 May 2011

.:: FIXIE ! aku pon nak jugak ! ::.

salam...

tadi aku menonton TV sambil rehat-rehat...siaran 360...

fixie ! aku nak...aku nak...

fixie ?

meh tengok meh...



merah! fav color aku ! (sumber dari google)

cun ! stylo abes... (sumber dari google)

pink ! auwww i loike . . (sumber dari google)


kan3? mmg dah jadi trend lah skang..student2 U , poli semua pakat ramai2 pakai beskal ni...semua hensem2 lagi..kih3...

tapi...beskal ni tinggi..dengan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi ni kan...dapat ke beskal ni? huk3

Sunday, 8 May 2011

.:: tiada mood ::.

kenapa eh? takde mood langsung...tak tau nak describe macam mane...takde yg menggembirakan pon...ade jek..hmm..tak boleh ke, tolong buat aku happy kejap...

argh...tension.....nak cari packing barang...mood, datanglah....tak puas lagi aku kat sini...sedihnyer....

mama, ayah...tak nak balik sana.... :(

Saturday, 7 May 2011

.:: terharu !!! ::.

ok...seriously mmg terharu...orang yang baru kenal aku wish my besday..adik angkat aku..fatin nabila wish besday aku..hahahaha happy seyh..siap letak pic lagi...maluuu i auwww....

aku tak nak hadiah pon...cukup lah wish je pon..sebagai tanda ingat kat aku..tq adik !

ni budak kecik ni ....
hah..mencopet picture aku daripada mukabuku..hahahahaa...adik..adik...piat telinga baru tau !

.:: yeay McD ! ::.

ok..hari ni happy sebab jumpa member2..layan steamboat, pastu borak2..sumpah best...

dapat McD jugak ! suke2..nak Happy Meal ! yeay dapat... ! ! !

makan kat situ and ade tapau lagi tau....dia nak belanja aku sebab besday aku 7 Mei ...hehehe tua dah aku !

banyak kan ? nyum2 . . paling suka McFlurry jek


aku request Happy Meal...ingatkan dapat mainan..tapi dapat ni ..............

cawan Spongebob dan kawan2nyer..HAHAHAA

dapat cawan yg comel mungil...hhahahahaa ... ingatkan nak main mainan...kih3

Thursday, 5 May 2011

.:: HARAPAN ? mungkin . . . ::.


masih ada harapan...

mungkin...

mungkin jugak ya...

mungkin jugak tidak....

aku dah putus harapan...
aku kecewa...

sedih....

aku cuma boleh berharap, keajaiban akan datang esok..

Aminn.....

.:: aku tertekan, hampa , sedih ::.



gila..macam mana boleh jadi macam ni..

aku macam nak nangis kuarkan darah kat mata aku..

sia-sia....

nasi dah jadi bubur...

sumpah aku buat betul-betul...

aku sedih...

orang tak support, tapi kondem aku...

bercerita sama je macam tak payah cerita...

jangan tanya ! aku tak suka nak jawab..

ini ke hadiah untuk aku tahun ni ? 

sedih !

Wednesday, 4 May 2011

.:: adore ::.

first time aku tengok muka dia ni, lawa seyh..cantik..orang mix la katekan..tertanya-tanya gak sape dia ni...

ixara aisyah


dia ni mix pakistan..thats y lah cun kan ? adore la tengok muka dia nih ! suka2 !

p/s : kalau aku ni kacukan macam mane ? hik2  :p

.:: PANASSSSSS ! ! ! ::.

panas? ape yang panas ? goreng pisang panas? keropok lekor? taklah, aku bukan nak berniaga kat sini...GILA?

aku paling tak minat berniaga...HHAHAHAA

ok. berbalik pada kisah PANASSS tadi...

hari tu aku lepaking kat kedai mber aku...then masa berbual-bual tu dia cerita pasal satu benda ni...benda ke?bukan benda, tapi cerita lah...biasalah, dah lama tak balik Johor, aku mane tau cerita2 HOT kat sini kan3?

tibe-tibe terpacul nama *****fah...nama perlu dirahsiakan..hahahaha...tapi bukan gosip pasal dia je, pasal kakak dia sekali...alah, yang ambek EX-bf aku dulu...HAHAHAHA ( bf mase skolah k )...grrr

then, nak dijadikan cerita, dia datang kedai mber aku..dia cakap nak TUNANG...

TAPI ! bukan dengan EX-bf aku tu.."dengan orang lain"...tu dia cakap dengan mber aku la kan.....

aikkk? biar betik...berCHENTA bagai nak rak sampai maki2 aku, mcm good2jek... last-last......hampeh...

ape aku boleh cakap, sengih2 je la kan...dulu bukan main lagi si Lelaki ni masa dah tak nak kat aku....kalau aku jumpa dia, memang aku ketawa guling-guling depan dia..*yeke ? hahahha

sebelah mata aku pon dah tak pandang kau lah JANTAN lelaki ! tapi aku rasa jantan tu lagi sesuai untuk kau..sebab kau memang lelaki pengecutt.. hahahaha

.:: takde idea nak bagi tajuk entry ::.

PAGI | 7.00 am . 

tokk tokk tokkk . . adik aku ketuk pintu..

"kak adik nak pegi skolah...."...

aku bangun dengan malas giler...rambut kusut masai..macam kuntilanak..kah3...

alah, awal lg..baru pukul 7..tidur semula ar...krooiiiihhh krooiiihhh....ZZzzzzZZZ.....


PAGI | 8.30 am .

hoiii malasnyer nak bangun...nampaknyer cuaca panas...

tgk muka kat cermin..alalaa...buruknyer..hahaha...aku ikat rambut, cuci muka..pastu pegi capai kunci nak bukak pintu..mak aku dah pesan suruh sidai baju..grrrr

jeng..jeng...jeng.......

apsal pagar ni tak boleh bukak...dah 186 kali aku pulas tapi tak boleh2 gak *penipu sangat

aku dah separuh gler ni..mampos aku terkurung kat sini...HAHAHA

kenapa pagi tadi boleh kunci, ni nak bukak plak tak boleh ?

aku capai HP . . call bapak aku..padahal orang tua tu tengah keje aku call gak...hahahahaa *bertuah punya anak

"cuba bukak slow2..tolak sikit2..."..ayah aku cakap kat aku...

ape ar aku ni, baru 3 bulan tak balik Johor dah lupa macam mana nak bukak pintu, kunci pon main ikot suka je...

setelah hampir 10 minit mencuba, akhinya...berjaya jugak...

rupanya, pagi tadi mase adik aku nak pegi skola, aku kunci guna kunci pintu yg dalam, tapi asal boleh plak? gila btol..dalam kepala otak aku da pikir nak bukak pintu ni guna Screwdriver je..lantak lah! HAHAHAAHA


PAGI | 9.00 am .

lepas sidai kain baju sume, aku mula menyiang ikan...nasib baik belum mandi kan3? HAAHAHAAH..

lepas da setel semua, aku pon masak ar...mak aku pesan suruh masak ikan tu asam pedas, pastu goreng sayur kobis..nak bg cun sikit, aku letak ar serbuk kunyit...baru ade colour... HAHAHAA.

lepas siap masak semua, aku angkat semua baju-baju yang mak aku jemur..ade baju semalam, kelmarin...semua baru kering sebab kat sini dah dua, tiga hari hujan je, baju pon lambat kering ar...lepas tu aku pon lipat ar baju tu semua...

TENGAH HARI | 1.00 pm .

lepas siap semua, aku pon dah mandi, dah makan, masa untuk menonton tv...tinggal sorang-sorang kat umah mmg bosan gler...nasib baik ade tv...kalau tak, macam mane arr...

PETANG | 3.00 pm .

mata aku dah mula mengantuk dah...ingatkan nk tengok Marimar...tapi tak tahan gila...dengan bahagianya aku pon tidur................

macam dalam mimpi, aku rase macam henpon aku bergetar...tapi btol ke? dengan mata terpejam, aku raba-raba cari....Sah, mmg btol..mber aku ajak kuar lepak2...aku tengah tidur, mmg tak lah kan? lagi2 dengan cuaca mendung, confirm nak hujan...

dyorg semua nak ajak pegi layan steamboat..steamboat ape hujan2 ni...pastu dyorg cakap lepak McD ke..aku mmg tgh malas gila..kalau aku nak bersiap, confirm 1 jam..

aku tidur je la kan.....tak ingat dunia...

PETANG | 7.00 pm .

tibe-tibe aku tersedar......tgk jam da malam...

bangun, capai tuala terus pegi mandi...

lepas mandi, ape lagi...aku makan ar....lapar seyh...

tapi mmg confirm la, lepas makan tu, aku makan lagi, lagi, dan lagi....Sampai mak aku pon tegur...makan je kau ni . . HHAHAHAHAA

MALAM | 9.00 pm .

aku still tengah makan...hidup aku macam boring je klo tak mengunyah...HAHAHAHA

Biasalah hari ni Selasa ! time for Asmara ...

shahz jaszle yang digilai oleh aku .



Shahz Jaszleyang macho *auw

then lepas tu aku tak tau dah nk tengok siaran mana...

MALAM | 12.00 pm .

now aku kat depan laptop, surf sana, surf sini...berMukaBuku, berBlog, berMacam2 lagi lah...

kejap lagi mungkin aku akan tidur...melayan mata..kejap lagi la kott..lepas aku cuci muka, cuci gosok gigi..lepas tu tidurrr...memikirkan ape akan jadi pada hari esok....

p/s : macam suri rumah pulak kan ? HAHAHAA

Sunday, 1 May 2011

.:: KERJA ke tak . . . ? ::.

nak kerja ke tak...cuti 2 bulan...kerja ke tak...kerja ke tak...mber aku da ajak keje kat tmpt dia...mesti promoter punya...klo dia offer casheir macam last aku keje dlu sedap gak gaji...HAHA

aku ingat nak berMALASan je kat umah...makan, tidur, makan, tidur je...tapi hari tu aku da excited nak cari keje..nah, skang keje cari aku..aduuhhh..mesti penat...takpe, relaks2 dulu...nanti pikir...boleh ke macam tu?

alah, bukan lama pon kan cuti ni...tapi nanti kalau keje, aku tak dapat la tgk tv je...cter dah ar best2...Sejuta cinta marshanda, Marimar..bla bla bla...Akademi Fantasia, Maharaja Lawak, Mentor...HAHAHAH

kalau duk kat umah je, lagi ar bosan...baik pegi keje, dapat cuci2 mata..serve customer, jumpa ramai orang...haishhh...macam mana ni...keje kot, tp lambat sikit ahh..ambik mood nak keje dlu, Ok tak? baru je dua hari kat JB, takkan sia2kan masa berehat ni...kan3?

biasalah, manusia..semua ade penyakit Malas ! hahahahaha

.:: SABAHan ? ::.

tadi mase aku termenung..tibe2 teringat mase aku teman mber aku...kelakar pon ade..da 3 kali aku kena macam ni...

1st time dulu mase aku keje..mase tu aku baru habis skolah..aku kerja casheir kat satu kedai baju..then ade customer tu tegur..bila nak balik sabah? what? gila? aku ingatkan dia cakap kat mber aku..rupanya dgn aku..

"Bang saya orang sini..bukan Sabah.."...

"Oh ye ke? tapi muka macam orang sana"....

aiseyyhhhh....tepuk dahi aku..


2nd time mase umur aku 19 tahun..mase tu aku keje kat kopitiam mber aku....aku kerja sebagai waitress..tugas aku biasalah, ambik order customer, then hantar kat mereka...best kerja ni..macam2 perangai customer ni..dlm hati mmg berbakul2 aku marah..hahahhaaa...citernyer mcm ni....lepas aku ambik order customer ni, ade brader ni tegur...

"Dik, muka dah lawa dah...ape kate adik senyumm..."...aku dengan blurrr pon senyum ah....

"Hah..kan lawa tu...kena senyum, nt customer larii..".. *kecoh ar brader ni..aku tampar kang..sabar2....

"Eh awak ni orang mana? orang Sabah ke? muka macam orang Sabah lah..."...

"Tak bang, saya orang sini..asal sini gak..."... *aku tampar jugak kau  ni kang !

"Eh tapi muka macam orang Sabah lah..Betul..."...

aku pon blah lepas tu..takkan sampai aku nak tunjuk IC lak kan?


3rd time mase tu aku tengah teman mber aku, Azi...mase tu kat Butterworth..biase ar..brader2 jual tiket serbu customer...

"kak long, nak pi mana? KL ka? ..."..

"Seremban ?..."...Ciss..aku teman mber aku je arr...kang ade yg kena maki ni kang..

Lepas dah settle sume benda, then kiteorg pon tunggu bas ar nak balik...

"Adik nak balik mana? "...

"Balik umah ar bangg..takkan nk tido sini kot..."....

"Aik mmglah ang nak balik, tp nak pi mana ? nak tidoq sini pun buleh..."..sambil sengih2...mintak penampar ar tu...

"Adik ni orang Sabah ka?..."...dia dah mula dah...

"Tak bang, saya orang Johor..."...

"Ya ka? tapi awat muka macam orang Sabah? Takdak macam orang Johor pun..."...

Gila..hampir 10 minit jugak la melayan dia membebel..then aku ajak Azi pegi naik bas cepat2 sebab tak larat nak dengar dy bebel..


Balik tu kiteorg pegi Jusco pasal Azi teringin nak makan claypot...jalan2 kejap, pastu balik..

Puas aku belek muka aku, muka macam orang Sabah?...kalau aku cerita kat mak aku, confirm dia cakap aku perasan...Tapi mmg tak masuk akal lah...hak3..

p/s : Proud to be Johorean.  :))

.:: yaww ! ! ! im at JB rite now ~ ::.

yeah ! finally...setelah penat bertungkus lumus berperang dengan final paper, aku kat Johor...punya lah sedap tidur, tau2 je dah pukul 12.30 tgh hari.. WHAT ? hak3...hujan kott kat sini..tu pasal la aku pon tak sedar..alamak terbawak2 lak habit kat Penang..Mamp0s mak aku mengamuk..kih3..sumpah malas giler aku nak bangun pagi tadi....mata pon berat je...






ahh tak boleh jadi, perut lapar pulak...terus pegi dapur..hak3...*gila kan? aku tanya adik aku, mama mane?
"tah tau ar..keluar pegi mane tah..."...hampeh tol budak ni....

aku call mak aku...suruh masak nasik, panaskan lauk... bla... bla... bla...pot pet pot pet...HAHA...*rindu yg ni lah...

selepas selesai semuanya, tanpa ragu-ragu, tanpa belum mandi..aku makan terus.... gila, aku mmg dah kelaparan tahap ke-82..mana boleh tahan dah...kalau bakal mak mertua tau, mampos aku.. Hahaha..cancel nak wat calon menantu...*simpang malaikat 44...

bila dah kenyang, mata ni mula ar berat smula..ahhhh kacau ! penat semalam tak hilang lagi ni...adoii mata oh mata...