Salam...
Al-Fatihah buat arwah nenekku Tukinah Bt Siban yang telah dijemput oleh Allah ke rahmatullah pagi tadi..Pagi td ketika aku sedang menyusun dokumen di atas meja, telefon berbunyi..seperti suara yang aku amat kenal..Mamaku..memberitahu nenekku telah meninggal dunia..terkejut? ya sudah tentu...sepanjang beliau sakit aku tidak berkesempatan menjenguk beliau.
Setibanya aku di rumah sedaraku, aku melihat mayat..lain benar muka..macam yang Mama beritahu, macam cina tua..sedikit sebak..kemudian pakcik, makcik , saudara semua melihat mayat..sedikit sebak..tapi mungkin aku tidak terlalu rapat dengan arwah, aku tidak begitu sedih..
Bukan aku tak ade perasaan langsung, tapi ntah..mungkin kerana aku tidak rapat dengan beliau..Apapun jua, sedikit memberi keinsafan pada diri aku..melihat mayat dikafan..aku muhasabah diri..terasa diri begitu kerdil..apabila jasad bercerai daripada badan, tiada apa yang mampu kita lakukan..terpisahlah segala perhubungan kita dengan dunia..Tiada harta, pakaian mewah, wang..yang membaluti sekujur tubuh hanyalah kain kafan..
Semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang2 yang soleh..insyaAllah..
No comments:
Post a Comment