.:: followers ::.

Friday, 26 November 2010

.:: cepatlah masa berjalan ::.

sesaat, seminit, sejam.. ah! lambat benar masa ni bergerak.. cepatlah isnin.. tak sabar aku nak balik sana... duduk sini lama2 membosankan... kalau ikotkan hati aku yang tengah panas menggelegak, malam ni juga aku bertolak... aku kecewa.. takde apa yang berubah.. malahan bertambah teruk...

semalam aku call orang yang aku rindu sangat2... nenek aku.. aku nak jumpa dia... memang menjadi kebiasaan, kalau aku nak balik sana, pasti aku jumpa dia dulu... macam nak nangis jek bila aku dapat dengar suara dia.. banyak kali dia tanya, aku tak balik jumpa dia dulu ke? aku takda jawapan.... nt tahun depan bile aku balik sini semula, aku balik kampung la.. tu je jawapan aku.. orang tua ni kita tak bole berjanji sangat, nanti dia berharap...sedih gila aku.. aku sayang sgt kat nenek aku...

kadang2 aku berfikir sendiri, kalau aku kahwin, aku boleh ke lari daripada semua ni... sakit la kepala aku pkir pasal benda yang tak pernah selesai... sakit.. baik aku blek sana, kat sana ade kawan2 aku, aku tak payah nak pkir ape2 yang ada kat sini... aku nak makan ke, tak makan ke, aku punya pasal... terlalu complicated untuk aku cerita dengan detail di sini... argh, pendam dan terus pendam sampai aku mati.. kat akhirat nanti kau jawablah.

No comments: