.:: followers ::.

Thursday 12 May 2011

.:: NORA ELENA ::.

ola !

ok...skang ni dah jadi hobi aku lah kan setiap hari Isnin hingga Khamis menghadap tv3...

aku dah jadi penunggu setia Drama ni...menurut mber aku, citer ni diadaptasikan daripada novel..owh..patut la aku macam penah je kan tahu pasal citer ni...

dulu la kan..aku rajin jugak la mentelaah membaca novel ni kan...skang ni macam dah jarang-jarang je...semua pasal berFacebooking , berBlogging, berJogging...berjoging atas tilam tu btol..hahahhhaa

ok..berbalik pada Nora Elena tadi, drama ni diadaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci...




Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

pelakon utama ( sumber dari google )


Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3


Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

walaupon dah tahu jalan cerita, tapi still nak tengok jugak..sebab cite ni best ..  :)

8 comments:

Apple said...

alah..ta penah baca lagi lah novel ni.
macam menarik, tertarik jep citenye.

miszzyumiew said...

cuba la cari novel ni...best..dulu menghadap satu hari..mmg puas..jalan cerita mmg menarik..sampaikan orang wat drama..

yolanda diego said...

lepa bce sinopsi kt sini, rse nk tgk cite tu dan beli novel tu jgk. tq!

miszzyumiew said...

welcome :)

syuxer said...

oh tidak..saya dah tak layan tv 3 ni.huhu..citer seram je saya layan cam mantera err ntah pe namanya..

miszzyumiew said...

ape2 ? ce cite ?

eyida said...

cerita ni mmg best..xnak ketinggalan tngok cerita Nora Elena kat TV3..:)

miszzyumiew said...

mmg best kan . . tambah pelakon2 dia pon best jugak :)