.:: followers ::.

Wednesday, 3 November 2010

. orang asing .




Kau ! kau tu la . . ye kau . kau tak payah tengok orang lain , aku memang tujukan kat kau. kau siapa ? aku tak kenal. dan aku tak paham kenapa kau boleh ada kat sini. Apa yang kau nak tahu daripada aku ?

Aku tak bodoh. Aku tahu kau perhatikan aku. Daripada tempat kau surfing internet kau. Aku tiada kawan di kawasan kau online tu la. Aku bukan buta IT.

Kos aku belajar dah cukup untuk aku tahu kau di mana. Kalau perlu aku hack jek kau. HAHA . Dah lama aku tak update blog aku. Kau mesti nak tahu cerita aku kan.

Aku bukan artis. Aku tak lawa dan aku tak popular. Kau tak perlu tahu siapa aku. Mungkin kau dengar-dengar cakap orang dan kau nak tahu. Tak payah lah, sebab buat masa ni aku tak letak gambar aku yang nampak muka aku. Untuk apa ?

Aku cuma suka2 jek nak menulis. Bila aku tiada seseorang nak bercerita. Ya, aku kosong.... Sepi . . Hari ni pon hari teruk aku. Argh apa aku rancang tak menjadi. Aku gagal untuk hari ini. Tanpa segan silu aku menangis. Ya aku perlu meluahkan. Kalau simpan aku boleh gila.

Gagal aku boleh cuba lagi. Kalau orang yang usianya hampir sebaya atau lebih mak aku, tak kan aku tak boleh. . . Gampang bukan? oh untuk kau, ye kau tu yang tengah baca tu, SELAMAT BERKENALAN yek!

Friday, 29 October 2010

. hey kau ! .


Sampah ! Aku bukan nak cerita pasal sampah, tapi aku geram. Hei suka hati aku la nak pergi kerja pakai kasut apa. Aku mintak duit mak bapak kau ke? Tak kan?

Aku ceduk nasi pakai tangan kiri pun menjadi masalah kat kau. Go to hell !! nak mengurat? Boleh jahanam, nanti aku belikan cermin besar untuk kau cermin atas bawah. Dah aku ni kidal, mestilah guna tangan kiri. Bodoh tu jangan la tunjuk sangat. Grrrr !

Kalau aku ni sama jantina dengan kau, atau tenaga aku kuat macam kau, da lama aku maki kau tadi. Argh geramnyer aku dengan jantan tadi tu!!!!!!!!!!!

Wednesday, 27 October 2010

. sepi sunyi sendiri .


Aku sunyi la. Bila dah sunyi, sepi,  maknanya aku sendirian. Siapa yang paham? Aku tanya ni, siapa yang akan paham? Kau takpalah, kau ada teman-teman kau. Kau ada kenderaan sendiri. Kau nak ke mana pun kau boleh pergi. Aku? aku sendirian kat sini.

Kalaulah kau paham. Tapi kau tak paham. Apa yang kau tahu, aku yang harus paham kau. Aku yang harus mengerti kau. Aku harus ikut telunjuk kau. Sedangkan aku? siapa yang mahu dengar cerita aku? siapa yang mahu dengar keluhan aku?

Aku cari kau, tapi kau tiada. Kau tiada saat aku perlukan kau. Kau minta aku paham kau, tapi kau tak pernah paham aku. Kau tak pernah rasa apa aku rasa. Kalaulah kau kat tempat aku. Kalaulah kau tau macam mane perasaan aku. Tapi kau tak tau. Dan aku rasa kau tak nak tau pun.

Aku sakit, kau juga tak tau. Sebab aku rasa kau tak patut tau. Sebab bila aku nak bagitahu, kau tak ada. Kau fikirlah. Kau dah besar, kau juga yang cakap dengan aku dulu. Kau tak mahu perkara sama jadi kat kau. Tapi aku juga manusia. Aku punya hati, aku punya perasaan. Aku perlu perhatian. Kalau minta perhatian kau, nanti kau cakap aku menagih simpati kau.

Tak apa. Aku boleh cakap sorang-sorang. Macam orang gila. Itu yang kau nak kan?

. mati itu pasti .


Aku bermohon semoga matiku nanti dalam khalimah syahadahmu, dalam jalan lurusmu dan permudahkan kematianku Ya Allah.

Semalam adik mak cikku di masukkan ke hospital. Menurut ibuku, sakit perut. Tapi kelihatannya seperti sakit yang amat.

Baru tadi aku menelefon ibuku ingin bertanyakan jika dia ingin pergi melawat saudaraku itu, aku ingin juga pergi. Tetapi kami semua terlambat. Dia sudah pergi meninggalkan kami. Yang aku paling terkejut, rupa-rupanya ibuku menelefonku banyak kali dan pesanan ringkas juga dihantar.

Argh, pasti dia lagi salah nombor. Mungkin dia menghubungi nombor lamaku. Pelik! memang pelik. Tiada deringan untuk hari ini. Takkanlah ibuku salah nombor?

Tapi apa yang membuat aku lebih kecut, kematiannya disebabkan SAKIT PERUT. Cuma itu ? Argh , bukankah ajal itu di tangan tuhan? sakit perut itu cuma alasan atau penyebab kepada kematiannya. Kita semua pasti akan mati. Semoga aku mati dalam Islam. Insyaallah ..

. semakin takut aku .

Hari ini seperti biasa aku sakit perut lagi. Ya, boleh bilang dengan jari berapa kali aku tidak mengalaminya. Hari-hari mesti begini sampai bila aku harus menahannya ?

Tadi aku sempat berbual dengan pensyarahku di ym ( yahoo messenger ) hehe. Pasti dia perasan akan status aku tiap-tiap hari mengalami sakit perut. Dia menyarankan agar aku ke hospital. What? Dengar perkataan itu aku sudah kecut, inikan pula mahu ke sana membuat pemeriksaan lagi. Ish takut aku !


Hampir sahaja mahu tersembul mata aku melihat apa yang diberitahu pensyarahku. Kanser? aku tidak mahu. Katanya aku harus ke hospital, ambil ubat. 



Tengok, aku masih menyebut takut nak ke hospital. Tapi aku pasti akan pegi juga nanti. Aku akan ambil ubat, bukan untuk siapapun, untuk aku juga. Aku masih mahu hidup, mahu lihat dunia ini. Masih terlalu awal untuk aku pergi daripada dunia ini. Bekalanku untuk ke akhirat sana masih belum cukup.

Ya, aku akan pergi buat pemeriksaan. Bila? di mana? dan bagaimana? biar aku sahaja yang tahu.





Aku mencari info mengenai tanda-tanda kanser ini. Di sini aku sertakan beberapa tanda-tanda kanser usus:

  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut.
  5. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  6. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.