.:: followers ::.

Tuesday, 26 October 2010

. lelaki tua itu .


Aku kagumi dia. Lelaki yang aku sanjungi. Aku terlalu rindukan dia. Tidak dapat lagi aku melihat renungannya. Renungan mata tua yang meniti usia.

Suatu hari, dia mengadu kesakitan di dadanya. Dia bilang pada semua sakit biasa. Masakan sakit biasa, begitu sekali dia menahan kesakitan. Lama kelamaan dia semakin sakit, semakin kurus. Dulu dia lelaki gagah. Walau dia sudah dimamah usia 70 an ,  masih kuat kudratnya.

Dia semakin kurus. Sehinggakan aku tidak mampu untuk menatapnya. Aku sedih melihat keadaanya. Kesengsaraan yang ditanggungnya. Di sisinya, setia si isteri menemani. Melayan kerenahnya. Menjaga makan pakainya. Aku juga kagumi wanita itu. Sungguh tabah dia menghadapi dugaan Tuhan kali ini.

Kali terakhir aku melihatnya, sewaktu dia masih di hospital. Aku lihat dia semakin sembuh. Lapang dadaku melihat keadaanya kerana tidak lama lagi aku akan berangkat ke utara. Melanjutkan pelajaran di sana.

Hari yang di tunggu telah tiba. Aku akan berangkat ke sana. Tetapi aku disuruh pulang kerana aku dijangkiti ciken pox. Aku pulang semula ke rumahku. 

Semasa aku sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah, aku dikejutkan oleh ibuku. Dalam keadaan bingung, aku mendapat khabar berita bahawa lelaki itu telah nazak.

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampungku, kami mendapat berita bahawa dia telah tiada. Tuhan lebih sayangkannya. Aku tidak tahu harus berbuat apa. aku masih bingung. Seperti dalam mimpi.

Setibanya di kampung, aku lihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu. Ternyata, aku tidak bermimpi. Lelaki itu telah pergi meninggalkan kami. Lelaki yang aku sanjungi, yang aku sayangi telah pergi selamanya. Hanya sekujur tubuh kaku sahaja yang tinggal.

Rupanya, di akhir hayatnya, dia menyebut akan aku. Dia berkata bila lagi dia akan dapat berjumpa dengan aku. Aku TERKESIMA. Aku terkilan kerana aku tidak dapat mengucupnya kerana keadaan aku ketika itu tidak mengizinkan aku mendekatinya. Aku hanya mampu melihatnya dari jauh ketika orang ramai mahu membawanya ke tanah perkuburan.

Kini telah 2 tahun pemergiannya. Tetapi aku sentiasa merasakan yang dia selalu ada bersama-sama dengan aku. Kadang-kadang dia hadir dalam mimpiku, tanpa kata, tanpa bicara. Aku sedih bila mengingatinya. Aku jadi sebak. Kadangkala aku nangis terus. Aku benar-benar merinduinya. Aku rindu mahu mencium tangannya. Aku rindu mahu bergurau dengannya. Aku rindu dia memanggilku dengan nama penuhku.

Jika dia masih ada, aku mahu dia ada semasa aku konvokesyen nanti. Aku mahu dia melihat aku berkahwin nanti. Aku juga mahu dia melihat aku punya keluarga. Tetapi, itu semua mustahil kerana dia telah meninggalkan aku selamanya. Alfatihah.


Alfatihah buat datukku tersayang Ahmad Bin Taib..

Monday, 25 October 2010

. GASTRIK ! .



Aku lihat jam . Berapa lama lagi aku boleh menahan kesakitan ini. Rupa aku lebih teruk daripada orang di atas. Sungguh aku tak tipu. Aku tidak pernah mengambil sebarang ubat untuk menahan kesakitan GASTRIK ini. Sudah lama benar aku menanggungnya.

Aku lihat jam lagi. Setengah jam lagi rehat. Aku harus bersabar. Apakah dinding perutku mulai tipis ya? sehinggakan aku tidak mampu lagi menahan kesakitan ini.

Apa yang aku tahu, gastrik juga ada peringkatnya. Jika sudah tahap terakhir, pesakit boleh masuk hospital. Argh ! kecut aku. Contoh paling dekat pensyarah di poli ku Cik Ida. Akibat gastrik, dia akhirnya berhenti mengajar di poli kerana terlalu kerap cuti dan sering sakit.

Setelah makan, berkurang sakitnya. Tapi setelah jam menunjukkan 4 petang, haruskah sakit itu datang kembali???? PARAH ! benar-benar menyucuk ulu hati ku. Seperti susah bernafas aku dibuatnya.

Alternatif aku cuma satu. MINYAK ANGIN. Aku sapu saja pada daerah yang sakit. Mahu makan ubat? aku risau juga. Takut kalau-kalau aku akhirnya bergantung pada ubat. Aku mampu bertahan saja sekarang ini. Tapi sampai bila aku mampu bertahan ?

Mungkin satu hari nanti aku pasti mengalah. Pasti aku mencari ubat itu. Juga pasti aku akan bergantung padanya. Pemakanan aku juga tidak boleh sembarangan. Tidak boleh makan pedas, berminyak , macam orang pantang bersalin ya ?

Tapi semua itu aku tidak peduli. Aku makan saja mengikut selera. Nah, rasakan sekarang, aku masih sakit lagi walaupun tadi aku baru selesai makan. Hadapi saja dengan senyuman. :)

Saturday, 23 October 2010

. GADIS .


Gadis bangun tidur seperti biasa pada hari itu. Lemah langkahnya menuju ke bilik mandi kerana dia masih ingin bermalas-malasan di atas katil. Apa boleh buat, dia harus ke tempat kerja. "Kalaulah aku orang senang , tentu tidak perlu bersusah-susah begini " , bebelnya di dalam hati.



Setelah siap mandi, dia menuju ke bilik untuk bersiap memakai uniform kerja. Setelah itu dia menyalam ibunya sebelum menunggu rakannya sampai menjemputnya untuk ke tempat kerja. Gadis tidak mampu memiliki kenderaan sendiri. Dia baru sahaja kerja, mana bisa membeli  kereta. Mujur ketika temuduga kelmarin, dia terserempak dengan Ika. Ika merupakan rakan ketika di sekolah dahulu. Mereka berkawan dan menjadi akrab.



Sejak akhir-akhir ini gadis selalu sakit. Dia kelihatan pucat. Tapi dia tidak merasakan perubahan pada dirinya. Apa yang diketahuinya cuma badannya sedikit susut. Itu tidak menjadi soal yang besar kerana gadis tidak mempunyai struktur badan yang begitu besar. Dia kurus orangnya , tinggi 157cm dengan berat cuma 40kg. Gadis melakukan aktiviti hariannya seperti biasa. Dia masih boleh tersenyum.


Suatu hari, gadis telah bertengkar dengan ibunya. Dia bukan sengaja mahu membantah kata-kata ibunya kerana dia  tidak sehat. Mungkin kerana gadis selalu membuat hal dengan ibunya, dia dimarahi sehingga ibunya tergamak mengatakan jika gadis mahu makan di rumah itu, dia harus membayar, pakaiannya haruslah dibasuh sendiri. Ibaratnya gadis harus berdikari bagaimana harus mencari makanan sendiri. Bukan sekali dua perkataan seumpama itu yang diterima oleh gadis. Lebih daripada itu juga pernah. Kadang-kadang terdetik di hatinya adakah dia cuma anak angkat? kenapa adiknya Mawar lebih disayangi oleh ibu bapannya ?


"kenapa ibu sanggup berkata begitu? " , detik hatinya . Bagaimana dia mahu menempuh hidupnya? nampaknya dia harus mengikat perutnya. Kalau begitu sudah kata ibunya, dia sememangnya tidak dialu-alukan di rumah ini. " Ibu, satu saat nanti anakmu akan pergi meninggalkanmu , ibu tidak perlu risau aku tidak akan menyusahkan ibu dan ayah. Jika aku sakit sekalipun, aku tidak mahu ibu dan ayah tahu. Aku tidak mahu menyusahkan kalian. Sedari kecil kalian cuma memberi perhatian kepada adikku sahaja. Ya, aku hanya membawa diriku sendiri sehingga aku merasakan kehidupan ini kosong. Tidak mengapa ibu, seandainya aku pergi nanti , kau halalkan segala makan minumku , air susu mu , segalanya. Aku menghargai semua itu. Aku anak yang kamu tidak harapkan, bagi kalian aku hanya menyusahkan kalian. Aku anak yang degil, tidak mendengar nasihat. Tapi aku juga punya hati. Kata-kata ibu itu cukup menikam hatiku." , Ya tuhan , jauh aku mengelamun. Rupanya hari sudah lewat petang. Gadis harus pulang.


Setibanya di rumah, gadis lihat keluarganya sedang menjamu selera. Dia hanya mampu melihat keakraban mereka. Gadis menuju terus ke biliknya tanpa menoleh ke arah mereka. Dia menangis di dalam hati. Dia benar-benar tersentuh. Hati perempuannya merintih sedih. Dia seperti orang asing di rumah itu. "Ibu dan ayah , seandainya aku ini masih lagi setitis air mani atau aku masih belum menjadi seketul darah, aku tidak mahu dilahirkan di dunia ini. " , sedunya sambil menangis.



Gadis hanya mampu berlapar sahaja pada malam itu. Sampai bilakah kesengsaraan kehidupan gadis? hanya tuhan yang mengetahuinya. Gadis masih meneruskan hari-harinya seperti biasa dan mengharapkan sinar bahagia datang menerangi kehidupannya. "Aku akan dapat kebahagiaan itu" , katanya di dalam hati.


Sekian.....

[ Cerita ini hasil nukilan aku yang sedang bosan . Tiada kena mengena dengan yang hidup atau meninggal dunia ]

Wednesday, 13 October 2010

. jenuh aku .

bagaimana ya ? mahu bicara dan mulakan daripada mana . . minggu ini minggu kejatuhan aq . . WTF . . aq tak peduli ! biar aq berkasar kali ni . . masakan hidup aq begini . . ku seluk poketku . . cume tinggal sebanyak ini wangku . . cukupkah ? ya pasti cukup . . aq harus berjimat . . tgh hari tadi aq mkn cuma RM1.70 . . PELIK ? ya aq pon pelik . . nasi dengan ayam cuma itu harganya . . mungkin mak cik itu juga tahu aq lagi SENGKEK . . miskin benar aq sekarang . . benarlah tanpa wang bisa huru hara hidup .

argh ! mahu saja aq hamburkan kata2 kesat ke mereka yang sepatutnya bertanggungjawab melambat2kan kerja menguruskan elaun aq . . tidak tahukah mereka aq lagi kusut memikirkan semua ini ? sudahlah bulan ini elaun aq tinggal sedikit , makin dilambatkan pula . . bukan aq tiada duit langsung , tp aq tak mahu korek wangku di dalam bank . .

STRESS bila memikirkan semua ini . . aq seperti mahu menjerit terpekik terlolong biar hilang segala tekanan ini . . hendak minta pada PARENTS aq sudah malas . . hutang lama masih belum bayar , masakan hendak pinjam lagi . . malu aja sudah punya wang sendiri masih mahu meminta2 . . tidak mengapa tabungan syiling ku masih ada . . guna sahaja . . ya , waktu miskin2 begini bisa digunakan . .

ARGH ! aq tension ! ! ! !

Tuesday, 12 October 2010

♥ . baby i will be wait for you . ♥

I never felt nothing in the world like this before
Now I'm missing you and I'm wishing
You would come back through my door, ooh
Why did you have to go? You could've let me know
So now I'm all alone

Girl, you could have stayed but you wouldn't give me a chance
With you not around it's a little bit more than I can stand, ooh
And all my tears they keep running down my face
Why did you turn away?

So why does your pride make you run and hide
Are you that afraid of me?
But I know it's a lie what you keep inside
This is not how you want it to be

So baby, I will wait for you
'Cause I don?t know what else I can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby, I will wait for you
If you think I'm fine it just ain't true
I really need you in my life
No matter what I have to do, I'll wait for you

Been a long time since you called me
(How could you forget about me?)
You gotta be feeling crazy
How can you walk away, everything stays the same
I just can't do it baby

What will it take to make you come back?
Girl, I told you what it is and it just ain't like that
No, why can't you look at me? You're still in love with me
Don't leave me crying

Baby, why can't we just, just start over again?
Get it back to the way it was
If you give me a chance I can love you right
But you're telling me it won't be enough

So baby, I will wait for you
'Cause I don't know what else I can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby, I will wait for you
If you think I'm fine it just ain't true
I really need you in my life
No matter what I have to do, I'll wait for you

So why does your pride make you run and hide
Are you that afraid of me?
But I know it's a lie what you're keeping inside
That is not how you want it to be

Baby, I will wait for you
Baby, I will wait for you
If it's the last thing I do

Baby, I will wait for you
'Cause I don't know what else I can do
Don't tell me I ran out of time
If it takes the rest of my life

Baby, I will wait for you
If you think I'm fine it just ain't true
I really need you in my life
No matter what I have to do, I'll wait for you

I'll be waiting