.:: followers ::.

Sunday, 9 December 2012

.:: fakta tentang aku ::.


okay my fans i nak btau uols fakta tentang i . . uweekkss (muntah ijau sat)

fakta bukan auta.............................

1. aku sangat obses dengan warna merah. hahaha kalau nk belikan aku hadiah ke, plis belikan warna merah ea. ahahha

2. aku sangat obses dengan mickey n minnie mouse..kalau nak bg teddy bear, bg la antara dua tu, pasal aq suka gilosss..tp klo pooh, aku campak tepi jek.

3. aku tak pandai pakai contact lens. serius shit. alhamdulilah mata aku okay lg dan tak perlukan lens. -,-"

4. aku xde koleksi high heel lg. wishlist tu.wedges aku ade lahhh. tp klo belipun, tersadai je kat rumah.

5. berat aku maintain 40kg. watafak -_-" . ade la sekali tu 44kg. lepas tu turun demm

6. aku daripada sem 1 nak beli jam warna gold. babeng tak dapat2 lg.

7. kat tmpt keje dyorg panggil aku jantan pasal perangai aku cam jantan lelaki.

8. aku sentiasa ingat yg aku ni tak tua2. haha bangang pkir childish lettew..

9. aku dah ade kereta! ahahaa kau ade?? cantik je dah nak dekat besday aku keta kuar. dah 7 bulan dah baby aku tuhh auww auww.

10. aku suka lelaki ade janggut. klo takde janggut sila bagi ade janggut jugak..bagi aku janggut itu macho uollss :p

11. tulang belakang aku dah bengkok. ni serius gila. aku tak tau skang camne keadaan beliau (tulang aku). soobb sobb :(

12. aku suke berangan n cakap sorang2. ape punya habit -_-

13. dulu kecik2 aku hitam a.k.a gelap pasal aku budak sport n suke main panas. tp skang i putih uollsss hak3 hak3

14. aku rindu gila kat Penang! :')

15. aku kdg2 mkn belacan mcm tu je. hahaha

16. aku org yg cemburu buta. ahahhaah

17. aku minat giler dgn enrique iglesias. siap simpan pic baq ang

18. aku penah tindik hidung mase sem3..serius menyesal..nasib baik dah buang..

19. aku adalah ex playgurl. ahahahaah

20. aku dah terpikir nak kawen. ahahahah miang gatal..sape nak borang, sila pm aku. ahahaaha


cukuplah 20 je..byk lg sebenarnyer...ahahaha merapu je keje ni.tp ape yg tertulis kat atas adalah fakta bukan auta ngeh2

Saturday, 8 December 2012

.:: berHAbuk ::.


olaaa

hai hai sangat lama tak meng"update" blog...haha

bukan ape, keMALASan yg melampau-lampau menguasai diri. Berbulan lamanye aku tak update, bln 12 bru nak update. haha dah bersawang..nasib baik username dgn password aku ingat lg (teruk sgt dah klo tak ingat) ..

aku bz ke? takdelah bz mne pun cume aku malas nk menaip membebel kat sini...balik keje, dah tentulah penat tak kuasa dah aku nak ambek laptop, cucuk bband alahai malasnye.

Antara sbb knp aku dah jarang update :-

1. aku dah terminated broadband aku. hahaa aku bebas bebas daripada hutang! hahhaa yelah cuba bayangkan, aku bukan selalu online..lepas tu nk bayar benda yg aku jarang n tak guna langsung..kan ke membebankan tu? sebulan RM70 klo didarabkan dengan 10bulan? wah baik aku simpan buat belanja kawen. (hahahahah gelak jahat)

2. kat tempat keje aku tak boleh nak sign in blogspot.apesal ntah mungkin bos tak bg pekerja dia luahkan perasaan kat sana kot..huargh huarghhh

3. aku kekurangan idea yg bernas dah bermutu tinggi untuk menaip akibat bebanan di tempat kerja..boleh gitu?

4. hari2 cuti aku diisi dengan aktiviti yang menyihatkan seperti tidur...krooihh krooihh

5. tak semua benda aku nak cerita kat blog..kadang2 privasi aku..iye privasi..tapi mungkin lepas ni aku cuba la kurangkan privasi itu (kalau aku rajin) nak menaip la.

6. aku dah penat menaip..ahaha kat tempat keje menaip..blek rumah bagi lah chance kat jari2 aku ni rehat..takkan la nak 24/7 menaip kan?

7. aku nak jaga mata..(eh ade kene mengena ke?) mestilah ade..disamping penat menaip, mata kita kan pandang screen..dah seploh jam aku mengadap screen tmpt keje, bg la chance mata aku relaks..hahahaha tak gitu?

8. dah takde kot..HAHAAA..sbb aku dah kehabisan idea..aku nak g makan jap...

aku blek keje pukul 6 hari ni..sabtu balik awal sengah jam..wadehel..ape la sgt kul 6 tu..lain la kul 1..ahahahaa klo company bapak aku takpela kan..blek keje terus tertido..hajat dihati nak baring2 je, tau2 kul 8 tu pon sbb dah dengar speaker mak aku membebel...huargh huarghhh..

ok, g makan dlu..tata <3

Wednesday, 22 August 2012

.:: keseorangan ::.

nah padahnyer nak sgt balik awal dlu...konon2 nk g beraya dgn kawan2..kawan ke mane, ape ke mane..aq sorang2 jek kat umah...bile call, sume tak jawab...mmg selalu nasib keseorangan kot...sendiri cari nahas tanggunglah kan...sedihnyer bile dah tinggal sorang2...rase macam takde sape2 jek...nk berbual pon takde sape nak ajak berbual...sedih... :'(

bile dah sorang2 mula la pkir bukan2...pkir benda yg lepas2..hmmm klo la otak ni bley format..da lame format je jgn bg ingat sume tu...bile ingat, hati jadi sakit..tak tau nk terangkan macam mana...hati ni nak sangat....tp keadaan sekarang yg tak mengizinkan...terlajak perbuatan ni mmg dah tak boleh berundur...seandainya masa boleh diputar...memang, hati ni nak sangat, jiwa ni memberontak...tp..apalah daya...hanya mampu berdoa dari jauh...semoga berbahagia... :'(

Sunday, 3 June 2012

.:: nilai cintamu ::.

Pernah dulu kufikirkan
Tanpa cinta tak mengapa
Bila kau pergi kurasakan
Sunyinya dihati
Baru kini kutahu
Nilai cintamu

Kurenungi gambarmu
Kubaca surat surat mu
Namun pedihnya kuterasa
Tanpa kau bersama 
Kuharap dikau pun
Begitu jua

Kini aku mengerti
Hanya engkau pelita hati
Semua yang kau korbankan
Hanyalah untukku
Akan tetapku kenang
Kasihmu terhadap diriku
Janji untuk bersama
Sehidup dan semati

Andainya kau kembali
Kan ku curahkan rasa hati
Akan aku buktikan
Cintaku yang suci
Berikan ku harapan
Untuk bersamamu semula
Akan aku buktikan
Nilai cintaku...




<iframe width="560" height="315" src="http://www.youtube.com/embed/eR6Sd0MpAmM" frameborder="0" allowfullscreen></iframe>

.:: P e r m a t a ::.


"benar apa kau ucapkan dulu takkan mudah kulepaskan kamu..menyesal aku curangi kamu....."

bait-bait lirik diatas diambil dari lagu Sesal Mendua...sangat terkena setiap bait2 kata dalam setiap rangkap lagu tersebut..barangkali penulis lirik tersebut mempunyai kisah seperti di dalam lagu tersebut..

termenung lagi aku sendiri...memikirkan dimana silapnya...aku, manusia biasa yang selalu buat kesilapan..mungkin benar, jika kita membuat kesalahan, orang pasti akan berhati2 takut kita akan mengulanginya semula...mungkin kita akan diberi kesempatan memperbaiki kesilapan kita, tapi mungkin juga tidak...

TAWAR...
ahh aku terdiam...aku tak mampu meneruskan kata2..semua berpunca daripada aku..sesak nafasku, panas pandangan mataku..sakitnya perasaan bila kita seolah2 tidak diperlukan lagi...mungkin benar semua berpunca daripada kealpaan aku..terpesona dengan keindahan, kelekaan yang sementara tanpa sedar aku mengabaikan permata yang berharga...

permata telah terlepas dari genggaman yang selama ini aku jaga, simpan dengan rapi..sekarang aku tidak punya apa2..apalah dayaku lagi...hanya mampu berserah agar permata kembali menyinari hidup aku..menyinari setiap hari aku..selama ini aku tidak menghargai semasa adanya permata, tetapi setelah aku terleka seketika, aku kehilangan permataku....aku mengejar sesuatu yang tidak pasti lagi kilauannya, ketulenannya..aku jadi tamak..aku lupakan permata yang aku punya, yang aku jaga bertahun lama...

sesal airmata yang mengalir tiada gunanya...permata sudah hilang ntah ke mana..permata yang tiada galang gantinya...permata yang sangat2 bernilai..tiada dapat dicari dan diganti di mana2 pun..