.:: followers ::.

Thursday, 19 May 2011

.:: eh , mcam tu je ? ::.

pelik.aneh..cerita punya la banyak episod..last2 ending cerita ni hampeh?

takkan macam tu jek ending cter ni? teruk3..penat aku tunggu episod akhir cerita ni...

sejuta cinta marshanda  (gambar sumber dari google)





jalan cerita punya lah belit-belit, pusing sana, pusing sini, tapi last-last macam tu jek ? aiyakkk...

Erkkk...macam ni pun ade ke ?

.:: menCARI IDEA ::.

ok.serius..pikir..pikir....sem depan sem last...kena fikir untuk final project...

encik-encik, puan-puan, kakak-kakak, abang-abang, adik-adik...nak buat ape untuk final project nanti?

sistem apakah? *garu-garu kepala

sistem pendaftaran? sistem bar code? sistem gaji? sistem apakah?

tuLung2...

sistem tu mesti connect dengan database...ahhh kusut2....

macam mana ni . . Seniorrrr please Help me !


Monday, 16 May 2011

.:: SELAMAT HARI GURU ::.

setiap 16 Mei adalah hari untuk meraikan semua guru-guru...tak kisah lah guru tadika ke, guru sekolah rendah ke, sekolah menengah ke..semua meraikan Hari Guru ini...tapi guru memandu pon sambut jugak ke ? guru menjahit ? Errkkk...asalkan namanya guru atau pendidik masih tetap sama kan3? *pandangan aku lah kan..

aku ade la wish kat cikgu2 sekolah aku dulu..kat lectrurer2...mmg tak boleh lupa masa pegi beraya ramai2 dengan exclassmate aku mase form 5..serang umah cikgu2...hope tahun ni ade la...hehe..

banyak pengalaman aku masa sekolah dulu..waktu sekolah lah paling best...serius mmg rindu zaman sekolah...kalau lah boleh masuk sekolah, jadi pelajar sekolah satu hari jek, aku nak sangat peluang tu...tapi mmg mustahil lah kan3?

hmmm SELAMAT HARI GURU untuk semua cikgu di Malaysia...*macam la semua org bukak blog kau kan..HAHA


Saturday, 14 May 2011

.:: HILANG ! ::.

hoh! kecoh2...Tipah, Milah, Jenab, Kak Ton, Seman semua kecoh..pasal tak boleh sign in Blogger...

bukan tu jek..lepas tunggu dekat satu hari, bila berjaya sign in...

jeng..jeng..jeng....

apa yang aku post semalam HILANG..

bukan entry jek takde..aku baru je letak Heartbeat, tukar background..semua kena buat balik...

haiihhh cakap semua benda takkan hilang...hampeh tul la depa ni noh..

pasai pa cakap utagha ni..HAHAH

aku nak kena pegi cari mane yang dah hilang tu balik...dush dush

Thursday, 12 May 2011

.:: NORA ELENA ::.

ola !

ok...skang ni dah jadi hobi aku lah kan setiap hari Isnin hingga Khamis menghadap tv3...

aku dah jadi penunggu setia Drama ni...menurut mber aku, citer ni diadaptasikan daripada novel..owh..patut la aku macam penah je kan tahu pasal citer ni...

dulu la kan..aku rajin jugak la mentelaah membaca novel ni kan...skang ni macam dah jarang-jarang je...semua pasal berFacebooking , berBlogging, berJogging...berjoging atas tilam tu btol..hahahhhaa

ok..berbalik pada Nora Elena tadi, drama ni diadaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci...




Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

pelakon utama ( sumber dari google )


Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3


Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

walaupon dah tahu jalan cerita, tapi still nak tengok jugak..sebab cite ni best ..  :)