.:: followers ::.

Thursday, 12 May 2011

.:: NORA ELENA ::.

ola !

ok...skang ni dah jadi hobi aku lah kan setiap hari Isnin hingga Khamis menghadap tv3...

aku dah jadi penunggu setia Drama ni...menurut mber aku, citer ni diadaptasikan daripada novel..owh..patut la aku macam penah je kan tahu pasal citer ni...

dulu la kan..aku rajin jugak la mentelaah membaca novel ni kan...skang ni macam dah jarang-jarang je...semua pasal berFacebooking , berBlogging, berJogging...berjoging atas tilam tu btol..hahahhhaa

ok..berbalik pada Nora Elena tadi, drama ni diadaptasikan daripada novel Kasih Yang Suci...




Pelakon Drama Nora Elena terdiri dari Siti Saleha sebagai Nora Elena, Aaron Aziz sebagai Seth Tan, Wan Sharmila sebagai Yvonne, Miera Liyana sebagai Maria Tan, Ery Putra, Zul Ariffin sebagai Eid, Fateen sebagai Adila, Ana Dahlia sebagai Azira serta ramai lagi.

pelakon utama ( sumber dari google )


Sinopsis Nora Elena Slot Akasia TV3


Nora Elena adalah kisah seorang gadis yang telah dinodai semasa dia berusia 15 tahun oleh seseorang. Nora Elena telah ditinggalkan oleh tunangnya Idham (Zul Ariffin) apabila tunangnya mendapat panggilan misteri yang memberitahu bahawa tunangnya sudah tidak suci lagi. Dalam kekecewaan dan kesedihan yang melanda Nora Elena semasa itu  tu, muncul seorang jejaka yang bernama Seth Tan yang berketurunan Baba Nyonya, dia sanggup berkahwin dengan Nora Elena bagi menggantikan tunang Nora Elena kerana segala persiapan perkahwinan dan hari perkahwinan semakin dekat.

Konflik berlaku apabila, Nora dan Seth Tan berkahwin, pada ketika itu barulah Nora Elena dapat tahu bahawa suaminya lah orang yang telah menodainya 10 tahun yang lalu. Malang buat Nora kerana ketika mengetahuinya mereka berdua sudahpun berkahwin dan bakal melahirkan anak Seth. Walaupun Seth sudah memeluk agama Islam dan telah insaf tapi hati Nora Elena yang terluka tetap keras dan tidak dapat memaafkan suaminya tu.

Bagaimana Seth hendak mengatasi sikap benci Nora Elena terhadapnya dan dugaan besar yang harus ditempuhi olehnya untuk memikat hari Nora Elena? Adakah Nora Elena dapat memaafkan Seth? sama-sama kita saksikannya yea. mesti best nie!!

walaupon dah tahu jalan cerita, tapi still nak tengok jugak..sebab cite ni best ..  :)

Wednesday, 11 May 2011

.:: FIXIE ! aku pon nak jugak ! ::.

salam...

tadi aku menonton TV sambil rehat-rehat...siaran 360...

fixie ! aku nak...aku nak...

fixie ?

meh tengok meh...



merah! fav color aku ! (sumber dari google)

cun ! stylo abes... (sumber dari google)

pink ! auwww i loike . . (sumber dari google)


kan3? mmg dah jadi trend lah skang..student2 U , poli semua pakat ramai2 pakai beskal ni...semua hensem2 lagi..kih3...

tapi...beskal ni tinggi..dengan ketinggian aku yang tak berapa nak tinggi ni kan...dapat ke beskal ni? huk3

Sunday, 8 May 2011

.:: tiada mood ::.

kenapa eh? takde mood langsung...tak tau nak describe macam mane...takde yg menggembirakan pon...ade jek..hmm..tak boleh ke, tolong buat aku happy kejap...

argh...tension.....nak cari packing barang...mood, datanglah....tak puas lagi aku kat sini...sedihnyer....

mama, ayah...tak nak balik sana.... :(

Saturday, 7 May 2011

.:: terharu !!! ::.

ok...seriously mmg terharu...orang yang baru kenal aku wish my besday..adik angkat aku..fatin nabila wish besday aku..hahahaha happy seyh..siap letak pic lagi...maluuu i auwww....

aku tak nak hadiah pon...cukup lah wish je pon..sebagai tanda ingat kat aku..tq adik !

ni budak kecik ni ....
hah..mencopet picture aku daripada mukabuku..hahahahaa...adik..adik...piat telinga baru tau !

.:: yeay McD ! ::.

ok..hari ni happy sebab jumpa member2..layan steamboat, pastu borak2..sumpah best...

dapat McD jugak ! suke2..nak Happy Meal ! yeay dapat... ! ! !

makan kat situ and ade tapau lagi tau....dia nak belanja aku sebab besday aku 7 Mei ...hehehe tua dah aku !

banyak kan ? nyum2 . . paling suka McFlurry jek


aku request Happy Meal...ingatkan dapat mainan..tapi dapat ni ..............

cawan Spongebob dan kawan2nyer..HAHAHAA

dapat cawan yg comel mungil...hhahahahaa ... ingatkan nak main mainan...kih3