.:: followers ::.

Wednesday, 27 October 2010

. semakin takut aku .

Hari ini seperti biasa aku sakit perut lagi. Ya, boleh bilang dengan jari berapa kali aku tidak mengalaminya. Hari-hari mesti begini sampai bila aku harus menahannya ?

Tadi aku sempat berbual dengan pensyarahku di ym ( yahoo messenger ) hehe. Pasti dia perasan akan status aku tiap-tiap hari mengalami sakit perut. Dia menyarankan agar aku ke hospital. What? Dengar perkataan itu aku sudah kecut, inikan pula mahu ke sana membuat pemeriksaan lagi. Ish takut aku !


Hampir sahaja mahu tersembul mata aku melihat apa yang diberitahu pensyarahku. Kanser? aku tidak mahu. Katanya aku harus ke hospital, ambil ubat. 



Tengok, aku masih menyebut takut nak ke hospital. Tapi aku pasti akan pegi juga nanti. Aku akan ambil ubat, bukan untuk siapapun, untuk aku juga. Aku masih mahu hidup, mahu lihat dunia ini. Masih terlalu awal untuk aku pergi daripada dunia ini. Bekalanku untuk ke akhirat sana masih belum cukup.

Ya, aku akan pergi buat pemeriksaan. Bila? di mana? dan bagaimana? biar aku sahaja yang tahu.





Aku mencari info mengenai tanda-tanda kanser ini. Di sini aku sertakan beberapa tanda-tanda kanser usus:

  1. Keluar darah daripada dubur atau terdapat darah selepas membuang air besar.
  2. Perubahan ketara pada tabiat membuang air besar: contohnya , lebih kerap membuang air besar atau najisnya cair, kerap sembelit dan/atau rasa lebih kerap hendak buang air besar daripada biasa.
  3. Berasa tidak puas selepas membuang air besar.
  4. Sakit perut.
  5. Berat badan turun tanpa sebab yang nyata.
  6. Berasa penat, lemah atau sesak nafas tanpa sebab. Gejala ini disebabkan oleh anemia akibat kekurangan zat besi. Anemia jenis ini boleh disebabkan oleh kanser usus.


. mcd oh mcd .

Mcd atau McDonald's. Setahun lamanya aku tidak makan makanan ini. Seingatku, kali terakhir aku makan makanan ini ketika aku masih semester 2. Ketika itu aku berbuka puasa bersama dengan rakan sekelasku.

Jika ada yang bertanya, kenapa? Aku sendiri tiada jawapannya. Bukan aku boikot, entah kenapa aku tidak mahu atau tidak terasa hendak makan.






Tetapi bila melihat iklan atau gambarnya aku teringin juga hendak makan. Tidaklah terlalu teringin, mungkin kerana sudah lama tidak makan.

Mungkin suatu hari nanti aku akan makan juga. Mungkinlah.....

. me0w me0w .


Comel kan? Satu hari nanti aku pasti dapat memiliki haiwan peliharaan ini. Kenapa tidak sekarang? Terdapat banyak faktor yang tidak membolehkan aku membela kucing ini. Sedih aku.

Faktor pertama , kerana aku tinggal di kawasan rumah yang tidak sesuai. Kenapa aku katakan tidak sesuai? Rumahku flet, mana sesuai membela kucing.

Faktor kedua, larangan keras daripada ibuku. Mungkin kerana kisah silam membela kucing dahulu akibat kucingnya pernah mati di rumah jiran, ianya seperti larangan keras ke atas ku juga.

Faktor-faktor lain adalah cara-cara menjaga kucing itu, kesihatannya, kebersihannya, makanannya dan macam-macam lagi lah.

Aku teringin sekali membela haiwan ini. Haiwan kesayangan nabi. Haiwan yang kupikirkan sangat memahami hati manusia, peneman manusia dan juga penghibur manusia. 


Lebih baik cakap dengan kucing daripada manusia. Bila hati sedang sedih, haiwan lebih memahami. Ya, aku akan pastikan satu hari nanti aku akan memiliki haiwan peliharaan ini. Pasti!


Tuesday, 26 October 2010

. lelaki tua itu .


Aku kagumi dia. Lelaki yang aku sanjungi. Aku terlalu rindukan dia. Tidak dapat lagi aku melihat renungannya. Renungan mata tua yang meniti usia.

Suatu hari, dia mengadu kesakitan di dadanya. Dia bilang pada semua sakit biasa. Masakan sakit biasa, begitu sekali dia menahan kesakitan. Lama kelamaan dia semakin sakit, semakin kurus. Dulu dia lelaki gagah. Walau dia sudah dimamah usia 70 an ,  masih kuat kudratnya.

Dia semakin kurus. Sehinggakan aku tidak mampu untuk menatapnya. Aku sedih melihat keadaanya. Kesengsaraan yang ditanggungnya. Di sisinya, setia si isteri menemani. Melayan kerenahnya. Menjaga makan pakainya. Aku juga kagumi wanita itu. Sungguh tabah dia menghadapi dugaan Tuhan kali ini.

Kali terakhir aku melihatnya, sewaktu dia masih di hospital. Aku lihat dia semakin sembuh. Lapang dadaku melihat keadaanya kerana tidak lama lagi aku akan berangkat ke utara. Melanjutkan pelajaran di sana.

Hari yang di tunggu telah tiba. Aku akan berangkat ke sana. Tetapi aku disuruh pulang kerana aku dijangkiti ciken pox. Aku pulang semula ke rumahku. 

Semasa aku sedang lena dibuai mimpi-mimpi indah, aku dikejutkan oleh ibuku. Dalam keadaan bingung, aku mendapat khabar berita bahawa lelaki itu telah nazak.

Ketika dalam perjalanan pulang ke kampungku, kami mendapat berita bahawa dia telah tiada. Tuhan lebih sayangkannya. Aku tidak tahu harus berbuat apa. aku masih bingung. Seperti dalam mimpi.

Setibanya di kampung, aku lihat sekujur tubuh terbaring di ruang tamu. Ternyata, aku tidak bermimpi. Lelaki itu telah pergi meninggalkan kami. Lelaki yang aku sanjungi, yang aku sayangi telah pergi selamanya. Hanya sekujur tubuh kaku sahaja yang tinggal.

Rupanya, di akhir hayatnya, dia menyebut akan aku. Dia berkata bila lagi dia akan dapat berjumpa dengan aku. Aku TERKESIMA. Aku terkilan kerana aku tidak dapat mengucupnya kerana keadaan aku ketika itu tidak mengizinkan aku mendekatinya. Aku hanya mampu melihatnya dari jauh ketika orang ramai mahu membawanya ke tanah perkuburan.

Kini telah 2 tahun pemergiannya. Tetapi aku sentiasa merasakan yang dia selalu ada bersama-sama dengan aku. Kadang-kadang dia hadir dalam mimpiku, tanpa kata, tanpa bicara. Aku sedih bila mengingatinya. Aku jadi sebak. Kadangkala aku nangis terus. Aku benar-benar merinduinya. Aku rindu mahu mencium tangannya. Aku rindu mahu bergurau dengannya. Aku rindu dia memanggilku dengan nama penuhku.

Jika dia masih ada, aku mahu dia ada semasa aku konvokesyen nanti. Aku mahu dia melihat aku berkahwin nanti. Aku juga mahu dia melihat aku punya keluarga. Tetapi, itu semua mustahil kerana dia telah meninggalkan aku selamanya. Alfatihah.


Alfatihah buat datukku tersayang Ahmad Bin Taib..

Monday, 25 October 2010

. GASTRIK ! .



Aku lihat jam . Berapa lama lagi aku boleh menahan kesakitan ini. Rupa aku lebih teruk daripada orang di atas. Sungguh aku tak tipu. Aku tidak pernah mengambil sebarang ubat untuk menahan kesakitan GASTRIK ini. Sudah lama benar aku menanggungnya.

Aku lihat jam lagi. Setengah jam lagi rehat. Aku harus bersabar. Apakah dinding perutku mulai tipis ya? sehinggakan aku tidak mampu lagi menahan kesakitan ini.

Apa yang aku tahu, gastrik juga ada peringkatnya. Jika sudah tahap terakhir, pesakit boleh masuk hospital. Argh ! kecut aku. Contoh paling dekat pensyarah di poli ku Cik Ida. Akibat gastrik, dia akhirnya berhenti mengajar di poli kerana terlalu kerap cuti dan sering sakit.

Setelah makan, berkurang sakitnya. Tapi setelah jam menunjukkan 4 petang, haruskah sakit itu datang kembali???? PARAH ! benar-benar menyucuk ulu hati ku. Seperti susah bernafas aku dibuatnya.

Alternatif aku cuma satu. MINYAK ANGIN. Aku sapu saja pada daerah yang sakit. Mahu makan ubat? aku risau juga. Takut kalau-kalau aku akhirnya bergantung pada ubat. Aku mampu bertahan saja sekarang ini. Tapi sampai bila aku mampu bertahan ?

Mungkin satu hari nanti aku pasti mengalah. Pasti aku mencari ubat itu. Juga pasti aku akan bergantung padanya. Pemakanan aku juga tidak boleh sembarangan. Tidak boleh makan pedas, berminyak , macam orang pantang bersalin ya ?

Tapi semua itu aku tidak peduli. Aku makan saja mengikut selera. Nah, rasakan sekarang, aku masih sakit lagi walaupun tadi aku baru selesai makan. Hadapi saja dengan senyuman. :)